"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tempat Muktamar PAS Lenggong esok diubah

Mohd Syamil Azhar
LENGGONG, 3 April:
Mesyuarat Agung PAS kawasan Lenggong esok terpaksa dipindahkan ekoran Dewan Merdeka Lenggong tidak diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ianya akan berpindah ke Dewan Sekolah Agama Rakyat Hidayatul Quran, Kota Tampan Air.

Yang DiPertua PAS kawasan, Haji Razman Zakaria berkata, alasan PBT untuk tidak meluluskan permohonan mereka adalah tidak munasabah.

"PBT terbabit tidak meluluskan penggunaan Dewan Merdeka Lenggong dengan alasan hendak membaik pulih atap, seolah-olah kerja-kerja membaik pulihnya akan dilakukan segera.

"Saya difahamkan dewan itu baru saja dibaik pulih, tapi apa yang saya kesal apabila pihak berkenaan melewat-lewatkan keputusan sedangkan permohonan telah dibuat awal lagi," katanya kesal.

Berikutan perubahan di saat akhir itu, jawatankuasa terutama Setiausaha PAS kawasan terpaksa membuat makluman semula kepada semua cawangan memberitahu mengenai perubahan tempat mesyuarat.

Mesyuarat Agung PAS kawasan tersebut esok akan dirasmikan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki jam 9 pagi.

Tiada ulasan: