"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lucu Dan Sirius

Azizi Haji Abdullah

Kadang-kadang nak tergelak melihat orang politik apabila mereka serius, sebenarnya lucu dan lawak. Kadang-kadang mereka lawak, tak gelak pun. Tapi ada yang lucu dia serius dan dia sirius tapi dilucukan sedikit sebagai pendekatan hikmah.

Datuk Sri Azizan Abdul Razak ketika perasmian menamatkan Pelancaran Gerakkerja Pilihanraya Pas di Komplek Batu 9 pada 6 Mac yang lalu dia memberitahu :“Dulu aku nak buat rumah, takut Pas tak memang. Sampai sekarang dah 15 tahun, rumah tak siap. Menumpang tinggal di Pejabat Pas Batu 16. Sewa rumah bini. Nak buat rumah baru, nanti orang kata aku rasuah. Kereta Mercedis lama, aku cat balik. Tapi kerana Menteri Besar pakai, orang kata elok.”

“Mereka macam ikan haruan dalam raga kurung batang. Punya kelupur sampai habis sisik keluar!” katanya lagi kepada golongan yang suka hentam kerajaan Pas Kedah.

2. Perihal keluar parti dan tak mau lompat pula satu hal. Tertanya juga kita, kenapa dalam Pas, orangnya taklah bijak macam mana pun, tapi tak keluar dan tak lompat. Dulu Kelantan majoriti satu, tak juga lompat atau keluar.

Tapi sekarang macam PKR, ada yang alim, kopiah putih sewaktu buat sudang akhbar, dari kalangan peguam, tiba-tiba keluar lohoi begitu. Heee, tak malu ke? Cuba tenguk lucu mereka;

2.1. YB Bagan Serai yang keluar PKR kata, dia keluar PKR kerana Pakatan gagal memperjuangkan Islam. Kerana isu kalimah Allah.

Haa…haa…haaa. Plup-plap, kukik-kukik…blaa..blaa…Teks yang dibaca itu, ditulis sendiri atau orang tolong tulis sebab, baca pun tersangkut ketika buat kenyataan dalam TV. Saya baru pertama kali lihat wajah YB PKR Bagan Serai dalam TV. Menurut cerita kawan-kawan, YB itu tak lena tiga hari tiga malam kerana wajahnya masuk TV.

Kahhh..kahhh…kah…

2.2. Seorang lagi orang PKR yang nak tunjuk orang agama. Dia keluar PKR kerana PKR bagi bantuan kepada kuil tidak mendsirikan masjid.

Kahhh...kahhh....plup-plup...hwaaa-hwaaa-hwaaa....siasat punya siasat dia sendiri pun tak pernah pergi masjid.

2.3. Ada pula politikus yang jadi YB PKR, yang katanya dia tak akan merayu apabila Lembaga Disiplin memecatnya. Baguslah, kita tabek prinsip itu. Tiba-tiba esok keluar pula kenyataannya,dia kata pihak Lembaga Disiplin tak beri peluang dia bela diri.

Huaa….huuaa…huuaaaa….inilah kualti orang PKR yang nak berjuang tentang agama, kalimah Allah sedangkan tiga empat pejabat Pusat Khidmat pun tak bayar sewa sampai tutup macam ‘lau ayam’ saja. Yang lucunya, dia kedekung kedekang, pong-pang, pong-pang sana sini bukan pasal partinya tapi pasal parti orang lain. Sedangkan kawasannya tak pernah dijaga.

Aparrraaaaa!

2.4. Ada pula keluar PKR kerana parti yang dikomponennya dulu Cauvanis, perkauman. Hua…huaaa…huaaa, yang dia cakap nak bela Melayu tu apa pula?

Demikianlah adanya…

Seorang kawan bernama Zaini, buat cerita lawak kepada saya selepas subuh satu hari. Saya terpikir panjang, apakah cerita ini boleh dijadikan tamsil, boleh dibias dan dipadankan kepada orang politik anu..anuuu, sini…sini?

Ada tiga orang politik berlainan parti, berjalan di terngah padang pasir pada musim kemarau keang. Sambil berjalan mereka berbincang cari jalan macam mana nak bersatu. Formula apa yang bagus untuk nak membangsakan etnik dan asobiah yang mereka semai dulu hanya kerana kepentingan politik juga.

Yang seorang memang handal politiknya tapi gila perempuan. Yang seorang lagi handal juga politiknya tapi kuat minum. Yang seorang lagi sama handal dengan dua di atas, tapi perokok tegar.

Sedang berjalan itu mereka terjerembab dengan Jin Aladin. Bila diusap lampu minyak itu, keluarlah Jin ,menawar diri; mintalah apa saja dia boleh tunaikan. Kemudahan akan diberi selama sebulan.

Maka berfikirlah tiga ahli politik ini. Oleh kerana kebiasaan mereka, segala bantuan dan subsidi, peruntukan, rasuah, merekalah yang makan dulu, maka mereka pun minta kemudahan yang bersifat pribadi jugalah.

Politikus Pertama: Kalau sekadar sebulan, kau berikan aku perempuan cantik. Maka Jin itu pun menunaikanlah permintaan itu. Politikus itu dikurung dalam satu banglo mewah dengan puluhan perempuan cantik.

Politikus Kedua: Kalau sekadar sebulan, kau berikan aku segala macam minuman yang mahal dan terbaik. Aku nak minum selama sebulan, katanya kepada Jin itu. Maka Jin itu pun memberikannya sebuah istana minum-minuman.

Politikus Ketiga: Kau berikan aku segaja jenis jenama rokok, luar negeri atau dalam negeri. Kalau boleh cerut yang dihisap oleh kawan aku, sebatang RM250. Akan Jin itu pun menunaikan permintaan itu. Dikurungnya politikus itu dalam sebuah bangunan selama sebulan juga bersama segala macam jenis rokok.

Jin itu memberi syarat, dalam tempoh sebulan, tak dibenarkan keluar.

Apabila cukup sebulan, Jin itu pun membenarkan mereka keluar. Politikus Pertama keluar melelong-lelong kerana sudah tidak ada tenaga lagi.. Tidak berapa lama, akhirnya politikus itu rebah kerana minyak lutut habis lalu mati.

Politikus Kedua pula keluar dari istana mewahnya. Mulutnya mericau-ricau kerana mabuknya masih ada saki baki. Dia sungguh terasa nikmat dapat minum.

Tapi akhirnya dia juga rebah dan meninggal dunia kerana jantungnya terbakar.

Jin Aladin mengeleng kepala. Sampai begitu mereka kemaruk.

Tiba-tiba keluar pula Politikus Ketiga. Dia keluar dengan muka merah padam. Bercekak pinggang. Di tendangnya apa saja yang ada di kiri kanan.

“Bagus?” Tanya Jin. “Bagus kepala bapak engkau,” katanya dengan marah. “Aikkkk, sebulan duduk di dalam bangunan dengan segala macam jenama rokok, tak bagus lagi?” kata Jin.

“Itulah…kau bagi rokok, tapi tak bagi petik api! Aku ketagih mampueh!” katanya. Jin itu ketawa: huaaa…huuaa….kukik-kukik…oopppp!

Tiada ulasan: