"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MARI KITA BUNUH PERKAUMAN SEMPIT DI MALAYSIA

ruhan
Pada hakikatnya, UMNO ialah sebuah parti perkauman. Walau apa-apa pun penafian yang mereka berikan, hakikat itu tetap demikian, kecualilah keahliannya dibuka kepada semua kaum di Malaysia yang tercinta ini.

Situasi tersebut tidak akan mengubah sikap UMNO sampai bila-bila. Sikap itu ialah "Hidup Melayu". Orang bukan Melayu bagaimana pula? Inilah bapa segala perkauman di negara kita.

Kini UMNO Pulau Pinang menerima kembali kehadiran Ahmad Ismail yang digantung dan diberi amaran keras oleh Pak Lah kerana mengeluarkan pernyataan "pendatang" kepada orang Cina. Anehnya, pegawai khas Najib yang menghina orang Cina dan India "terpaksa" letak jawatan. Namun, betul ke tidak dia letak jawatan, tak tahu lagi!!!UMNO selalu main silap mata!!!

Pendirian tersebut menyerlahkan UMNO tidak pernah konsisten dalam semua tindakan yang mereka ambil. Kes yang sama, hukumannya berbeza. Dalam keadaan terdesak seperti sekarang ini, UMNO memerlukan Ahmad. UMNO juga memerlukan PERKASA untuk diperkudakan. Namun, hakikat yang perlu UMNO terima sekarang ialah PERKASA telah memperkosa Gagasan 1 Malaysia.

UMNO merestui kehadiran PERKASA. Ahli UMNO dibenarkan menyertai PERKASA. Pemimpin-pemimpin UMNO menghadiri mesyuarat agung pertama NGO itu. Teras perjuangan PERKASA ialah "Hidup Melayu" dalam konteks membela nasib orang Melayu, membela kesucian Islam, dan mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Bunyinya memang cukup hebat dan sangat-sangat penting.

Orang Melayu dan bukan Melayu pun bertanya, "Yang terpahat dalam Perlembagaan Malaysia tu tidak cukup lagikah?" Mereka pun bertanya lagi, "Apa lagi yang perlu ditambah?" Tidak cukup dengan itu, mereka tanya lagi, "Selama ini orang bukan Melayukah yang menganiaya orang Melayu?" Kemudian mereka sambung lagi, "Kalau UMNO itu Melayu yang memerintah negara ini lebih daripada 50 tahun dan orang Melayu masih di takuk itu juga, tak bolehkah didakwa UMNOlah yang menganiaya Melayu?"

Kini UMNO menyokong PERKASA yang 100% ahlinya Melayu. Sudah sahihlah perkauman. Ini bermakna, UMNO hanya beretorik dengan Gagasan 1 Malaysia. Maksud tersirat di sebalik gagasan itu adalah untuk menarik kembali sokongan golongan bukan Melayu kepada UMNO-BN. Jika itulah matlamatnya, UMNO ialah sebuah parti perkauman murahan.

Bagi pemimpin-pemimpin PAS, Gagasan 1 Malaysia tidak perlu jika organisasi perkauman atau parti politik perkauman wujud, kerana merekalah yang sering menyemarakkan rasa benci, dendam, dan amarah antara kaum di negara ini. Kaum bukan Melayu diseru menghormati hak-hak keistimewaan Melayu yang ditetapkan perlembagaan dan kaum Melayu diharapkan tidak mendiskriminasikan kaum bukan Melayu. Kesefahaman dan tolak ansur yang menjadi kunci perpaduan selama ini perlulah dikekalkan.

Itulah yang menjadi matlamat "PAS FOR ALL". Salahkah pegangan ini? Di akhirat nanti tidak ada atas nama bangsa, sama ada Melayu, Cina, atau India yang dijamin masuk syurga. Semua manusia sama, yang membezakannya adalah ketaqwaan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Beranikah mana-mana Melayu-Islam menafikan firman Allah itu? Jika tidak, apa perlunya perkauman sempit diperjuangkan di bumi Malaysia ini?

http://bilahrotan.blogspot.com

Tiada ulasan: