"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mangsa tembakan polis kesal kerajaan enggan bertindak

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 1 April:
Mangsa tembakan polis, Norizan Salleh hari ini hadir ke parlimen bagi sekali lagi menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Serahan yang ke sekian kalinya hari ini ekoran tiada sebarang respons balas daripada kerajaan setelah beberapa memorandum sama diserahkan sejak Januari lalu.

Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman pada 4 Februari lalu dan selepas itu ke Suhakam pada 11 Februari.

Difahamkan, Suhakam bagaimanapun telah memanjangkan perkara tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun masih tiada sebarang tindakan.

Ekoran itu, beliau kemudian memanjangkan perkara itu kepada Hishammuddin pada 25 Februari di pejabat KDN, Putrajaya, namun gagal.

Dan hari ini beliau sekali lagi hadir ke parlimen bagi tujuan sama.

"Saya datang hari ini untuk mengetahui kenapa saya ditembak pada malam tersebut.

"Sebab sampai sekarang saya tidak tahu sebabnya, dan saya sangat terkejut dengan peristiwa itu," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Pada awal pagi 30 Oktober 2009, Norizan telah ditembak polis ketika berada dalam kereta dan ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya.

Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Tiada ulasan: