"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib Belum Mahu Bertemu Chua Soi Lek

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mencari masa yang sesuai untuk menemui Presiden MCA yang baru Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Tak perlu tergesa-gesa dan biarkan beliau selesaikan apa yang perlu dahulu," kata Perdana Menteri selepas melancarkan portal MyProcurement di Kementerian Kewangan hari ini.

Najib berkata demikian ketika ditanya bila beliau akan menemui Chua, yang telah dilantik Presiden MCA empat hari yang lalu.

Dalam pemilihan parti itu Ahad lepas, Chua menewaskan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dan juga bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.

Kerajaan menghadapi tekanan dari orang-ramai yang mendesak Presiden MCA itu didakwa atas tuduhan seks luar tabii.

Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ke luar negara bulan ini.
-tvselangor-

Tiada ulasan: