"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ganti Rugi Saman Malu Terhadap Utusan 4 Oktober

DAMANSARA 18 SEPT: Jumlah ganti rugi tuntutan saman malu Dr Syed Hussin terhadap Utusan Malaysia kerana menyiar laporan yang memfitnah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan ditetapkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Oktober ini.

Jumlah yang perlu dibayar kepada Dr Syed Husin akan ditaksir Pendaftar Mahkamah.

Ia berikutan Zamil Ibrahim, bekas Angkatan Muda Keadilan (AMK) gagal memberi jawapan terhadap tuntutan Syed Husin.

Mengikut kenyataan media, Dr Syed Husin menyatakan, Zamil sejak meninggalkan PKR sering membuat dakwaan tidak berasas terhadap parti dan pemimpinnya.

Tuntutan saman malu difail terhadap Utusan Malaysia dan Editornya serta Zamil pada 20 Mei 2010 ekoran kenyataan fitnah yang dikeluarkan Zamil, kononnya beliau menerima wang daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Dr Syed Husin menegaskan, dakwaan berkenaan adalah suatu pembohongan semata-mata yang kemudian disiar Utusan Malaysia pada 6 Mac 2010.

PRM bergabung dengan Parti Keadilan Nasional bagi membentuk Parti Keadilan Rakyat selepas pilihan raya umum 1999.
Peguam yang mewakili beliau ialah N Surendran.

Tiada ulasan: