"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sudah Sah Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Kelantan

Mohd Sayuti Omar
MAKLUMAT yang baru saya terima majlis pengistyharan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan telah pun selamat diadakan.

Majlis itu bermula jam 12:21 minit tengah hari sebaik keberangkatan tiba Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Menurut SMS yang dihantar oleh seorang wakil rakyat, upacara pagi ini diadakan berikutan persidangan Majlis Perajaan Kelantan (MPK) yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK) jam 9:00 pagi ini.

Menurut SMS itu pada majlis itu juga Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat pengistyharan rasmi pada menjalankan Kuasa-kuasa 29A bersetuju memilih berkuat kuasa hari ini, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan adalah Tengku Muhammad Fariz Petra.

"Dengan pengistyharan itu maka rasmilah Tengku Muhammad Faris sebagai sultan. Majlis ringkas di Istana Balai Besar itu disudahi dengan doa oleh Mufti Kerajaan Kelantan," demikian lapor wakil rakyat berkenaan.

Turut hadir pada upacara ringkas di Istana Balai Besar itu ialah Pengerusi MPK ahli-ahlinya, para pembesar negeri, Menteri Besar dan para wakil rakyat. Daulat Tuanku!
http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: