"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lebih Ramai Mati Di Tangan Pembunuh Sosilawati?(Gambar dan peta tempat kejadian)

KUALA LANGAT: Berkemungkinan lebih ramai individu yang mati di tangan pembunuh Datuk Sosilawati Lawiya ketika polis sedang berusaha membongkarkan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu.
Seramai sembilan orang dipercayai telah dibunuh secara kejam dan dihapuskan mayat dengan cara yang sama seperti dilakukan terhadap Sosilawati bersama tiga individu lain.
Semua individu terbabit dilaporkan hilang dan mempunyai kaitan dengan adik-beradik peguam yang disyaki sebagai dalang kepada pembunuhan Sosilawati.
Selain Sosilawati yang merupakan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dipukul sehingga mati dan kemudiannya dibakar sebelum dibuang abunya ke sebatang sungai berhampiran lokasi kejadi di Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat sini.
Sebelum itu, Sosilawati dan yang lain dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu bagi urusan pembelian tanah.

1 ulasan:

Panglima7 berkata...

Salam Tuan, Tuan Mustafa kan.
Blog tuan telah hamba linkkan dalam bloglist2 blog hamba. Dan terima kasih kerana linkkan blog hamba di sini. Semoga Allah Merahmati Tuan. Salam Perjuangan.