"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Shamsul tanding naib presiden, laluan buat Chegubard?

Setelah dua penggal menerajui Pemuda PKR (AMK), ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkemungkinan besar tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu kali ini.

Beliau sebaliknya akan bertanding merebut jawatan naib presiden parti itu - dilihat sebagai satu kompromi bagi memberikan laluan kepada pencabar utamanya ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin.

Pengumuman berhubung perkara itu dijangka dibuat dalam satu sidang media di Kelab Sultan Selangor, Kampung Baru pada jam 3.00 petang esok.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, Shamsul mengambil keputusan itu setelah menimbangkang permintaan anggota sayap kanan parti itu yang mahukan 'wakil AMK' diberikan peranan lebih besar di peringkat pusat.

"Keputusan ini juga dibuat dengan mempertimbangkang kekosongan yang bakal ditingglkan dua naib presiden Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden," kata sumber-sumber itu.

Sebelum ini, difahamkan terdapat usaha memujuk Shamsul dan Badrul yang dilihat mempunyai kekuatan seimbang bagi berkompromi membentuk satu pasukan - tindakan yang dilihat menang-menang bagi kedua-dua pihak.

Ini kerana, jika berlaku pertembungan empat penjuru - dengan anggota MPP Rafizi Ramli dan pemimpin cabang Hasmi Hashim - kemungkinan besar akan berlaku perpecahan undi menyebabkan kelebihan memihak kepada calon lain.

Dengan kompromi ini, jika benar, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard dijangka mendapat laluan mudah menentang Rafizi dan Hasmi yang dilihat sebagai 'orang baru' dalam AMK selepas pilihan raya umum 2008.

Manakala Shamsul pula dijangka selesa apabila mendapat dokongan sayap Pemuda - antara undi penentu bagi perebutan jawatan kanan PKR.

Dalam masa yang sama, Shamsul dan Badrul sama-sama dilihat orang lama dalam AMK sejak gerakan reformasi 1998. 

Ditanya lanjut tentang rundingan Shamsul dengan Badrul, sumber-sumber bagaimanapun berkata pengerusi PKR Melaka itu sebenarnya juga cuba 'didampingi' bakal calon lain.

"Bagaimanapun, esok macam-macam boleh terjadi. Kata Winston Churcill, dalam politik, satu hari pun dikira lama," kata mereka sambil ketawa.

Tiada ulasan: