"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Shukor 'Arah' Polis Siasat TV Selangor

SHAH ALAM 18 SEPT: Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus meminta polis menyiasat portal berita TV Selangor kerana menyiar laporan berbentuk kritikan terhadap polis berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain.

Beliau menganggap kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin yang mempersoal kewibawaan polis dalam kes itu dan disiar TV Selangor, menjejaskan imej pihak berkuasa itu.

Mengikut laporan Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang itu mendakwa laporan berkenaan tidak berasas manakala kenyataan Shamsul mengandungi unsur hasutan dan mengganggu proses siasatan kes Sosilawati.

"Tidak ada sebab untuk beliau (Shamsul Iskandar) dan TV Selangor masing-masing membuat kenyataan serta menyiarkan laporan sedemikian. Umum mengetahui bahawa kes pembunuhan tersebut sedang dalam siasatan pihak polis.

"Jadi apa motif sebenar membuat kenyataan sedemikian? Apakah beliau mahu mempolitikkan kes pembunuhan ini dengan merosakkan imej serta kredibiliti polis yang menyiasat kes itu.

"Maka, adalah wajar pihak polis turut memanggil pihak TV Selangor selain Shamsul Iskandar sendiri bagi menyiasat dakwaan ini. Jika didapati tidak berasas, tindakan tegas harus diambil terhadap kedua-dua pihak," katanya yang dipetik akhbar itu, hari ini.

Tiada ulasan: