"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR: Saya tetap akan menang satu hari nanti, kata Zaid

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Datuk Zaid Ibrahim tidak kisah dengan sokongan kepada Azmin Ali, yang dikatakan semakin berkembang bagi merebut kerusi timbalan presiden PKR sambil menegaskan, jika beliau gagal kali ini masih yakin untuk menang pada pusingan akan datang.
Anggota Majlis Tertinggi Pusat PKR ini yang menyertai PKR tahun lalu berkata, kalah sekali tidak bermakna “akan kalah terus.:
“Tiada masalah. Saya akan cuba lagi... saya masih muda, baru menghampiri 60 tahun,” kata beliau kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.
Kelihatan relaks, Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan memberitahu beliau tidak kisah jika turun gelanggang November ini tanpa iringan sokongan moral sebagaimana dinikmati Azmin, yang merupakan Naib Presiden dan Pengerusi PKR Selangor.
Justeru itu kata Zaid, beliau masih yakin akan menang satu hari nanti.
Azmin bari-baru ini menerima sokongan daripada 20 ahli Parlimen dan majoriti ADUN Selangor dan Negeri Sembilan.
“Saya akan menang. Saya pasti dengan itu. Jika saya tidak mendapat sokongan sekarang atau jika pun bukan esok, tahun depan atau tahun berikutnya. Anda tidak tahu...,” kata Zaid.
Semalam, Azmin mengumumkan pendiriannya akan bersaing kerusi timbalan presiden yang kini kosong ekoran keputusan Senator Dr Syed Husin Ali tidak mahu mempertahankan jawatannya.
Pengumuman Azmin itu dibuat di Kota Kinabalu.

Tiada ulasan: