"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terima Kasih Isa Samad?

Rakyat Prihatin


Baru-baru ini, saya menghantar ahli keluarga yang bakal menunaikan haji ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya. Kebetulan semasa di situ, saya bertemu dengan seorang rakan lama yang berkhidmat dengan Tabung Haji.


Banyak perkara yang kami bualkan dan salah satu topik yang menarik perhatian saya ialah, tahun ini Felda di bawah Pengerusi barunya, Tan Sri Isa Samad, telah bermurah hati untuk memberi setiap jemaah 1 botol multivitamin dan 1 botol vitamin C. Saya tidak pasti samada vitamin-vitamin ini telah sampai ke setiap jemaah atau tidak, tetapi persoalan yang bermain di kepala saya ialah berkaitan dengan pembekalnya.

Menurut sumber-sumber maklumat dari kawan saya, pembekal yang membekalkan vitamin untuk setiap jemaah ini adalah ahli keluarga Pengerusi Felda sendiri. Sekiranya maklumat ini benar, maka Tan Sri Isa Samad telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Pengerusi Felda. Satu persoalan lagi, adakah jemaah haji memang benar-benar memerlukan vitamin ini?

Sejak kebelakangan ini juga banyak cerita-cerita yang kurang menarik tentang Tan Sri Isa Samad telah keluar termasuklah kos pengubahsuaian bilik beliau di Felda setelah di lantik menjadi Pengerusi. Di katakana, Felda telah membelanjakan jutaan Ringgit untuk pengubahsuaian tersebut. Saya sendiri tidak tahu apa yang di ubahsuai sehingga kos yang di belanjakan sungguh besar. Apa yang pasti, ini adalah wang rakyat dan ia tidak harus di bazirkan dengan begitu sahaja.

Saya harap ada pihak-pihak yang boleh menyiasat dan mengesahkan maklumat ini.

Akhir sekali TERIMA KASIH ISA SAMAD.

Rakyat Prihatin
-tranungkite-

Tiada ulasan: