Mohd Sayuti Omar
Lho... ini mengejutkan, tetapi inilah berita yang terlantas di telinga saya. Seorang wakil rakyat, (Adun) dari negeri Pantai Timur dikatakan ada hubungan sulit dengan seorang pramugari Mas. Kejadian ini sudah berlaku sejak lebih setahun lalu sebelum AirAsia membeli saham Mas.
Adun berusia sekitar 50-an ini dikatakan selalu ternampak di sekitar penginapan pramugari berkenaan. Seorang wartawan pengintip bebas dikatakan pernah merakam gambar Adun berkenaan sedang makan di lokasi berdekatan penginapan pramugari itu. Kejadian itu berlaku lebih dua kali.
Sumber lain pula menyebut Adun itu pernah mengirimkan sejambak bunga kepada pramugari berkenaan ketika dia terlantar di sebuah hospital pakar di Ampang.
Mereka juga sering kali bertemu di Kota Kinabalu dan juga Kuching. Biasanya sewaktu pramugari berkenaan bertugas di penerbangan akhir dan menginap di bandar raya itu.
Semasa pilihan raya umum Sarawak tidak lama dulu Adun berkenaan yang ada parut kecil di muka dilihat turut sama menginap di hotel yang menjadi penginapan krew Mas dan pada masa itu kebetulan pramugari berkenaan juga menginap di tempat sama. Pramugari yang dikatakan itu kelihatan berlegar dan mencari seseorang di lobby hotel sebelum meninggalkan hotek berkenaan.
Gambar pramugari berkenaan ada dikirimkan kepada saya menerusi MMS.
Saya sedang menunggu laporan lanjut dan butir-butir mengenai hubungan sulit berkenaan, jika perlu akan didedahkan. Walaupun kini sudah ada laporan tentangnya namun penyiasatan mendalam diperlukan untuk mengelakkan berlaku salah lapor dan penganiayaan. Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan