"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fitnah 'Ramas Payudara' Menyerang Guan Eng, Buktikan!

Ibnu Hasyim

Anak Guan Eng mencium ayahnya.
TIDAK dapat tanduk, telinga dipulas. Itulah yang terjadi pada Ketua Menteri Pulau Pinang pemimpin DAP ini. Usaha menjatuhkan kerajaan Pakaan Rakyat di Pulau Pinang terus berjalan. Rakyat kena faham dengan dakyah dan fitnah parti lawan.

Kalau betul apa yang berlaku sudah beberapa bulan mengapa baru sekarang timbul, mengapa tidak dibawa ke mahkamah? Sila buktikan, jangan cakap kosong!!

Lihat contoh fitnah biadap mereka...

Monday, October 17, 2011 Panas! Guang Eng: RM100 Untuk Warga Emas, 200K Untuk Ramas Tetek

Tunai RM200 ribu untuk tutup mulut kes anak pemimpin VVIP Ahli Politik? ........ pernah kata dan tweet mengenai isu ini sejak bulan May 2011, memberi bayangan siapakah gerangan si pelaku dan ayah kepada si pelaku ini.


Selepas... minggu lepas mengenai siapakah sipelaku dan jumlah wang yang digunakan. Isu ini menjadi semakin panas apabila artikel rakan rakan blogger (pro-UMNO) mula tersebar hingga turut sama disiarkan oleh blogger pakatan. Mereka turut mendesak kononnya si pelaku adalah anak vvip pemimpin BN. Sebenarnya buat pengetahuan pembaca ia tidak melibatkan anak pemimpin BN, tetapi anak kepada khalifah umar kesayangan khawarij PAS (Menuduh PAS Khawarij sama dengan mengkafirkan PAS).

Kes ini berlaku sekitar bulan May sebelum cuti sekolah. Dikhabarkan (?) anak VVIP DAP si Marcus@ LWT telah meraba buah dada rakan sekolahnya, keduanya berumur 16 tahun. Mangsa melapurkan kepada guru displin dan Marcus di panggil mengadap. Dengan angkuh dan sombongnya dia berkata "apa you boleh buat, I anak CM!" Cerita ini menjadi heboh dan mangsa mengugut untuk membuat laporan polis.

Berlaku campur tangan orang tua marcus, untuk mengelakkan cerita ini heboh Marcus dibuang sekolah dan ditukarkan dari SMJK Heng Ee ke Sekolah Menengah St Xavier. Orang tua Marcus bertemu dengan mangsa dan keluarganya untuk menyelesaikan kes dan mahu menutup isu ini dari pengetahuan umum. 

Dikhabarkan ketika itu jumlah tuntutan mencecah 500ribu, setelah berunding dengan keluarga mangsa jumlah itu dikurangkan kepada RM200 ribu. Wang tunai RM200 ribu dikhabarkan sumbernya dari pihak pemaju. Apakah kepentingan pihak pemaju untuk mengeluarkan wang sebanyak itu untuk membantu vvip ini?

Adakah ia membabitkan kontrak atau projek yang mencecah ratusan juta ringgit? Adakah pemaju ini menyebabkan kampung kampung melayu dirobohkan?

Khalifah sosialis ini cukup terkenal dengan pembohongan, putar belit semata mata untuk menunjukkan diri beliau telah difitnah, sebaliknya berpuluh kali kantoi menipu. Selepas ini kita akan menyaksikan aksi taichi daripada beliau kononnya beliau dianaiya dan difitnah.... 

Sila buktikan fitnah ini..

Tiada ulasan: