"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Pendakwa akan membawa empat orang saksi untuk memberi keterangan yang Anwar mampu meliwat?

Ketika pihak pembelaan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka hari ini dengan keputusan untuk tidak memanggil dua orang saksi, mahkamah hari ini memberi kebenaran kepada pihak pendakwaan untuk memanggil saksi bantahan.

NONE
Ini berikutan tidak terdapat sebarang bantahan oleh peguam Anwar, - Karpal Singh berhubung permohonan pendakwaan untuk memanggil saksi-saksi berkenaan.

"Kami tidak mempunyai sebarang halangan tetapi tertakluk kepada sama ada keterangan itu boleh diterima," kata Karpal

Dalam erti kata lain, pendakwaan hari ini membuka semula kes mereka dengan permohonan memanggil empat orang saksi bagi membantah keterangan yang dibuat oleh pakar ortopedik Dr Thomas Hoogland (atas, kanan).

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa mereka memohon untuk penangguhan berikutan perkembangan terhadap saksi ketujuh.

"Saksi ketujuh (Hoogland) telah membawa isu-isu sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai keupayaan melakukan perkara yang dituduh di mahkamah.

mohd yusof zainal abiden
"Inil diperuntukkan oleh undang-undang untuk memanggil saksi-saksi untuk membuat bantahan. Saya telah bincang perkara ini dengan Karpal dan saya percaya mereka tidak membantah," katanya.

Yusof (kiri) juga memberitahu pihaknya akan memanggil empat orang saksi dan mereka akan memberi keterangan ringkas mengenai kenyataan Hoogland berhubung ‘keupayaan’ Anwar.

Soalan-soalan, katanya akan dikemukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan yang merupakan timbalan ketua I, bahagian pendakwaan di Pejabat Peguam Negara.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau akan mendengar keterangan itu esok.
-malaysiakini-
Liwat II: Pembelaan tutup kes tanpa panggil dua saksi

Tiada ulasan: