"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa saya tidak hadir HIMPUN

tiongmas
Berikut apa yang dinyatakan dalam HIMPUN :

OBJEKTIF :
  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
  • Memberitahu kepada rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islamdalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Himpunan Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas dan prinsip himpunan seperti berikut :
  • Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
  • Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
  • Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
  • Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
  • Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.
Pada pandangan sy PROJEK HIMPUN adalah salah satu projek PRU13 selain Budget 2012 yg lebih byk mendapat kecamanan disebalik janji manis.

Lebih ketara dlm projek ini ialah MEMPERALATKAN AGAMA, MEMANIPULASI ISU, MENGHERET KEDUDUKAN RAJA-RAJA dan YANG DIPERTUAN AGONG, MENGHIDUPKAN ISU SENSITIF dan CUBA MENJERAT IKATAN PAKATAN RAKYAT. Sy berhak berhujjah tentang pandangan sy :

1) Isu kristianisasi telah lama membarah namun jelas tidak diendahkan meskipun didedahkan 100,000 melayu murtad oleh mufti. Ketika UMNOBN tidak lagi dipercayai oleh melayu, dikhianati oleh bukan melayu... isu agama adalah tabu yg tidak boleh ditolak oleh org melayu utk bergabung di bawah ikatan `yg berkecuali' tetapi direstui oleh pemerintah umnobn. bukankah umnobn yg bakal meraih laba popularitinya?

2) Kenapa tiba-tiba kerajaan begitu prihatin tentang agama rasminya dgn memberi laluan berdemonstrasi (yg dianggap pelakuan primitif) dan menyentuh isu sensitif agama (yg dianggap mencabul dogma 1 Malaysia? adakah kerana setelah letih mencemuh hukum agama (hudud) dan menolak pelaksanaannya serta lesu memperolokkan sunnah Rasulullah?

3) Objektif utk membetulkan salah lapor media... bukankah kerajaan menolak tindakan berdemonstrasi dan menggunakan saluran perbincangan? dlm kes perhimpunan ini mendapat lesen khas. Modus operandi biasa bagi aktiviti sayap umnobn mendapat lesen bagi menjalankan aktiviti provokatif. siapa media yg salah lapor... bukankah hampir semua di bawah kawalan umnobn? 

4) Idea `Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam' melahirkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS, Semangat Melayu, perpaduan islam... idea yg hanya lahir ketika umnobn sedang tercekek. ramai yg termakan umpan yg memang sukar ditolak... kenapa libatkan umnobn? bukankah isu 3 ogos 2011 adalah isu yg digunakan utk menggugat kerajaan PR Selangor? kenapa isu pemecatan mufti selangor, pertandingan ratu cantik, bantahan arak di The Ship oleh ahli kariah Damansara dan banyak lagi isu kristianisasi di seluruh Malaysia didiamkan shj.

5) Umpan kesatuan agama, menyelamatkan aqidah, ketaatan kepada raja yg memayungi bangsa melayu, menyelamatkan ummah dari kristianisasi... atau apa sahaja yg boleh menyelamatkan pengkhianat sebenar di singgahsana. kalau wang berbillion tidak cukup menyelerakan pengundi... agama rela dijadikan hidangan sementara... asal tetap di tampuk kuasa.

Sy sayangkan agama Islam tanpa bermusim, peka dengan nasib ummah tanpa sempadan, taat menjunjung raja mendaulatkan kebenaran, berjuang memantapkan aqidah tanpa dirangsang... sejak bila perjuangan politik dipisahkan dalam pembelaan agama?

sy jijik mereka yg berpura membela agama tapi tiada kudrat membela hukum Ilahi, berdrama menyayangi umat tapi bersekongkong menghulur dana mendera bangsa Palestin, hipokrit memerangi kristanisasi tapi membuka pelbagai pintu kemurtadan, konon menjunjung Al-Quran tapi mencerca, menyiksa dan biadab terhadap ulama yg mengajar agama, mengaku menjunjung raja tapi haloba merampas hak dan kedaulatannya.

Kepada sesiapa yg nak hadir... dipersilakan. sy pasti anda tidak akan ditangkap, tiada sekatan jalanraya, tiada fru yg menghambat, water canon atau liputan buruk media massa. mahasiswa, kakitangan kerajaan, pekerja swasta... tiada ugutan dan sekatan bagi anda.

tidakkah aneh perjuangan yg mendapat restu dari pemerintah yg terkenal zalim?

Selamat berhimpun tetapi jangan lupa undi untuk singkirkan punca segala kecelaruan di negara kita yang tercinta ini.

-tranungkite-

Tiada ulasan: