Malaysiawaves
Kes Lina Joy sebelum 2008 begitu heboh diperbicnangkan di internet. Sehingga hasil usaha sebuah NGO, ibu kepada Lina Joy telah dibawa ke muka umum untuk membuat kenyataan tidak bersetuju dengan tindakan anaknya tersebut.
Di waktu itu, Lina Joy cuma membuat permohonan di Mahkamah untuk menukar status agama beliau di dalam IC beliau sahaja.
Yang menghairankan adalah mengapa pada masa itu tiada perhimpunan membantah murtad diadakan seperti yang dirancang pada 22 October 2011 kelak?
Mengapa pada masa itu tiada kempen yang agresif menentang murtad? Tiada cadangan untuk membentang akta murtad di Parlimen? Tiada kempen dalam Radio IKIM dan media seperti Utusan Malaysia meminta usaha membenteras murtad dilakukan dengan lebih agresif?
Bagi Tulang Besi, sewaktu kes Lina Joy dibicarakan di Mahkamah, kerajaan yang memerintah Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah kerajaan UMNO/Barisan Nasional.
Maka, NGO2 seperti ISMA dan individu seperti Dr Yusri Mohammad tidak mahu menyinggung perasaan kerajaan yang sedang memerintah pada masa itu.
Namun, sekarang ini, kerajaan yang memerintah adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Maka, peluang ini diambil oleh beberapa NGO Islam yang kita tahu condong pada UMporNO.
Maka, akan diadakanlah perhimpunan besar-besaran berasaskan serbuan JAIS yang tidak membawa apa-apa bukti yang kukuh untuk dilakukan pendakwaan.
Berbanding kes Lina Joy, serbuan JAIS JAUH LEBIH KABUR. Ini kerana JAIS tidak mampu mendakwa WALAU SEORANG pun yang ditangkap sewaktu serbuan itu dilakukan.
Padahal, kes Lina Joy, jelas Lina itu sendiri memohon penukaran status agama kepada Kristian. Malahan, dokumen murtadnya Lina Joy sekarang ini bukan lagi rahsia tetapi sudah jadi dokumen umum. (RUjuk di bawah)
Hairan Tulang Besi. Bagi Tulang Besi, jelas HIMPUN ini adalah alat UMNO.
Tujuan diadakan perhimpunan ini adalah semata-mata mahu memfitnah Pakatan Rakyat dengan mengatakan "Murtad Berluasa di Bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat".
Padahal semua kes murtad yang kita tahu berlaku di zaman Barisan Nasional memerintah. Malahan, Lina Joy sendiri murtad di Wilayah Persekutuan kerana UMNO tidak mengharamkan murtad di Wilayah Persekutuan.
Patutlah Dr Yusri Mohammad dalam interview di Radio IKIM seperti tersedak mahu menjawab soalan "mengapa sekarang".
Hakikatnya, soalan itu adalah soalan yang palin releven. Ia membuktikan betapa HIMPUN tidak lebih dari perhimpunan berbau politik UMNO bertujuan untuk digunakan bagi memburukkan Pakatan Rakyat serta kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.
Murtad dan gejala murtad JAUH SEKALI dari benak perhimpunan HIMPUN ini. Tujuannya adalah untuk memfitnah dan memburukkan Pakatan Rakyat.
Itu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan