"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mat Sabu, terbuka terima memo Perkasa

FAIZ ABDULLAH
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhylsS2jUDHikmsP4oZ9DwgrICpqMuyYXsNq-UHzQNkn3qS9RvdUk3p-jE62LWLQZMIssMH8e6hd6AtlCujopRX55n1vD6MBC8fq3uwc1kUTOXYUKaptvZiOrNmgGyn2xNJixZ3VAwZnHE/s400/mat-sabu.jpg“Siapa kata Mat Indera komunis? Utusan Malaysia? Ada kamu baca blog dan media alternatif? Ada kamu dengar rakaman ucapan saya? Cari fakta dan kebenaran sebelum berhujah.Jangan berhujah berpandukan laporan Utusan Malaysia sematamata.
“Kalau ikutkan saya tidak perlu melayani anda semua kerana kes ini telah dibawa ke mahkamah. Biar saya berhujah di mahkamah.

“Walaupun anda membawa banner menghina saya malam ini tetapi saya sanggup berjumpa anda berdua kerana saya ingin beri peluang serahkan memorandum dan saya ingin tahu apa yang anda tidak puas hati.”
Begitulah kata-kata tegas tetapi tenang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, kepada dua wakil Perkasa atau dikenali “Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara” (GMPN), Mohd Arafat Muhammad dan Mohd Yusof Din ketika menerima memo di majlis ceramah, di Kampung Pulau Bintongan, Rembau baru ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata kesediaan PAS menerima memo Perkasa berhubung isu Mat Indera dan kemerdekaan itu membuktikan PAS bersikap terbuka dan mengamalkan demokrasi.

“Sebahagian besar individu dalam kumpulan tersebut adalah ahli Perkasa yang membuat kecoh, 24 Sept di Ampangan. Tapi PAS tiada masalah untuk terima memo. Tak macam Umno yang sering halang rakyat untuk serah memo.

“Mohamad Sabu juga buktikan beliau pemimpin berjiwa besar dan matang berpolitik apabila dengan hati terbuka bertemu wakil Perkasa untuk menerima kritikan jika ada asasnya,” kata Taufek. Beliau ditemui Harakah selepas membaca memo tersebut.

“Tiada fakta yang benar, sebaliknya cedok laporan Utusan Malaysia. Apa pun, hari ini, wakil Perkasa diberi kuliah ringkas sejarah oleh Mohamad Sabu,” katanya.

Sebelum itu, walaupun 80 ahli Perkasa menganggu ceramah tetapi lebih 3,000 hadirin memberikan sokongan.

Kehadiran luar biasa yang melimpah ke jalan raya disebabkan amaran Perkasa sebelum itu yang akan membuat bantahan jika Mat Sabu turun ke Negeri Sembilan.

Selepas Perkasa melakukan kekecohan pada majlis Aidilfitri dan ceramah di Ampangan dua minggu lalu, yang juga dihadiri Mat Sabu, kejadian sama berulang kembali.

Unit Amal PAS, yang diketuai Izamri Med dibantu Jabatan Amal dari seluruh Negeri Sembilan dan dipadukan dengan sokongan Unit Keselamatan PAS, Angkatan Muda KeADILan dan Solidirati Anak Muda Malaysia (SAMM) harus dipuji kerana berjaya menjaga keselamatan.

Mulanya, ahli PAS dan KeADILan meminta wakil Perkasa bersurai dan tidak menganggu majlis. Mereka tetap berkeras mahu berjumpa Mat Sabu untuk menyerahkan memo. Berlaku tolak menolak dan pergaduhan kecil.

Taufek bersetuju menerima memo tetapi Perkasa tetap berkeras menyerahkan sendiri kepada Mat Sabu. Atas izin Timbalan Presiden PAS itu, Ketua Cabang KeADILan Rembau, Badrul Hisham Shaharin dan Ketua Penerangan PAS Rembau, Mohamad Husaini Husin bertemu wakil Perkasa dan bersetuju membenarkan tiga wakil Perkasa bertemunya.

Di pintu pagar tapak ceramah sekali lagi berlaku kekecohan. Akhirnya, dua wakil dibenarkan masuk dan menyerahkan memo kepada Mat Sabu.

“Diharap selepas ini mereka tidak menganggu lagi majlis kita. Pakatan tak pernah ganggu program BN. Yang pasti penduduk Rembau bijak menilai dan bakal membuat perubahan besar,” kata Taufek. Beliau kesal kerana pihak polis tidak mengawal dari awal.

“Kita berbincang dengan IPD Rembau sehari sebelum ceramah dan surat kepada Ketua Polis Negeri Sembilan dan Ketua Polis Daerah Rembau juga diserahkan mohon menjamin keselamatan.

Polis sedia maklum kumpulan itu mungkin akan adakan protes.

“Jika Pakatan buat bantahan walaupun dalam bentuk aman, polis awal-awal lagi akan membuat tangkapan dan sekatan jalan raya, seterusnya menyuraikan kita dalam beberapa minit sahaja kita berkumpul. Tetapi dalam kes di Ampangan dan Rembau ini, polis hanya biarkan Perkasa berkumpul malah berarak ke tapak ceramah,” jelas Taufek.

Beliau mengesahkan PAS Rembau membuat laporan polis mengenai insiden itu.

1 ulasan:

Akmal berkata...

antara penyebab rakyat sudah tidak menghormati polis Malaysia ni adalah kerana sikap 'double standard' mereka...kita harus berhati-hati dalam permainan mereka ini..janganlah mengharapkan mereka 'polis' kerana mereka juga telah dirantai oleh orang atasan...kita sebagai rakyat harus bersama2 seadanya....sama2 berjuang...kalau bukan untuk sekarang tapi untuk akan datang....AllahuAkbar...