"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Provokasi : Cemas Kerana 'Nak kalah' - Mat Sabu

ibn_bacoks

GELANG PATAH - Pelbagai gangguan yang melibatkan ceramah-ceramah anjuran PAS dan Pakatan Rakyat akhir-akhir ini berpunca daripada kerisauan UMNO sehingga ke tahap yang maksimum kerana tidak berupaya membendung pengaruh pembangkang di negeri Johor.


Perkara ini ditegaskan oleh Tn. Hj. Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan katanya Johor merupakan kubu terakhir bagi UMNO maka seboleh-bolehnya mereka akan mempertahankan dengan apa cara sekalipun.

''Johor ada gangguan. Sebab ini kubu terakhir UMNO untuk dipertahankan. ''UMNO gelisah (pengaruh Pembangkang Johor). Kalau sebelah Utara tak kecoh. Nak buat kecohpun (tak dapat buat) sebab tak ada pemuda (UMNO).

''jelas beliau lagi. Beliau mengulas perkara ini berhubung siri-siri gangguan telah dilakukan oleh pihak tertentu sejak akhir-akhir ini yang melibatkan ceramah beliau sendiri.

Beliau berkata lagi, sepanjang 33 tahun beliau menginfaqkan diri kepada gerakan Islam PAS, kejadian seumpama itu merupakan perkara biasa yang turut berlaku di Utara dan Timur Semenanjung sekitar tahun 80 an.

Dalam hal itu katanya UMNO kini dilihat tidak bermaya menghadapi pengaruh pembangkang kerana para pemuda di negeri tersebut sudah tidak lagi menyokong mereka.

''Sudah 33 tahun berada dalam pentas PAS. Kejadian di Labis perkara biasa. Di Kelantan pada tahun 80 an, (berdepan) dengan pemuda tahan lasak yang bertindak kasar kerana UMNO di tempat itu panik.

Kelantan (sekarang) tak ada (provokasi) sebab pemuda UMNO dah tak ada.!'' ujarnya sambil disambut gelak ketawa orang ramai.

Beliau berkata demikian pada ceramah isu-isu semasa di Markas Tarbiyyah PAS Kampung Ulu Pulai, dekat sini, baru-baru ini./Selatanonline

Tiada ulasan: