"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bayi maut diputar mesin pemotong rumput

JACKSONVILLE (Florida): Seorang bayi terbunuh dalam kemalangan ngeri apabila dia dikisar mesin pemotong rumput dipandu neneknya, semalam.

Pegawai bomba Titusville, Scott Gaenicke, berkata bayi lelaki berusia 19 bulan itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Katanya, mangsa terperangkap di bawah mesin pemotong rumput itu dan parah terkena bilah pisau yang berputar.

“Dia diletakkan dalam trailer sambil ditarik mesin pemotong rumput itu, tetapi tiba-tiba mangsa terjatuh dan dirempuh alat berkenaan,” katanya.

Polis kemudian merampas mesin rumput dan trailer yang ditarik mesin berkenaan untuk membolehkan siasatan dijalankan. 
-DM-

Tiada ulasan: