"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib belanja lebih 4 tahun duit gajinya untuk menderma

MiloSuam

SEMPENA Hari Raya Aidil Adha tahun ini, Utusan melaporkan bahawa Perdana Menteri dan isterinya Rosmah Mansor mendermakan 402 ekor lembu untuk tujuan korban di kawasan parlimen Pekan [Utusan]. Ini bermakna, Najib dan isteri yang pemurah lagi dermawan telah membelanjakan duit sebanyak RM1.2 juta untuk mendermakan 402 ekor lembu dengan mengambil kira harga purata terkini harga lembu-lembu korban RM3,000 seekor.

Tahniah di atas kemurahan hati beliau. Ini kerana, RM1.2 juta bukanlah satu jumlah yang kecil, dengan gaji yang diterima oleh Najib selaku Perdana Menteri Malaysia, sebanyak RM22,826.65 sebulan, beliau memerlukan lebih empat tahun (52 bulan) untuk mengumpul RM1.2 Juta tanpa mengusik sedikit pun gaji yang diterima. Sungguh pun isterinya boros, dan gemar membeli beg tangan mewah, namun suaminya sangat pemurah. Lihatlah dunia, betapa pemurahnya Najib, empat tahun duit gajinya dihabiskan untuk membeli lembu dan didermakan kepada orang ramai. 


ReJaM© "Persoalannya, Rosmah beli beg tangan mewah pakai duit siapa?"

Tiada ulasan: