"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tony Fernandes khianati MAS?

MOHD RAFIZI RAMLI
http://2.bp.blogspot.com/-hWrKrNmlx-U/TkGnyofAOsI/AAAAAAAADrg/M9kizv6uf1A/s400/Kerajaan%2Batau%2BKhazanah%2Bbagi%2Bduit%2Bkat%2BTony%252C%2BTony%2Bbeli%2Bsaham%2BMAS%2Bdan%2Bkuasai%2BMAS.jpg
KEADILAN merujuk kepada laporan Reuters mengenai penubuhan sebuah syarikat penerbangan baru yang menawarkan perkhidmatan premium penuh oleh pemilik Air Asia, Dato’ Seri Tony Fernandes. Laporan itu turut menyebut bahawa syarikat penerbangan yang diberi nama Caterham Jet itu akan menyediakan perkhidmatan premium penuh di antara Subang dengan laluan serantau seperti Bangkok, Jakarta dan Singapura.

Tindakan Dato’ Seri Tony Fernandes itu menimbulkan persoalan sama ada ia menjejaskan komitmen Air Asia yang dibuat berdasarkan Perjanjian Kerjasama Menyeluruh (CCF) dengan MAS. Tujuan utama perjanjian tersebut ialah untuk mengikat kedua-dua buah syarikat penerbangan agar menumpukan perhatian kepada pasaran masing-masing (iaitu pasaran khidmat premium penuh oleh MAS dan pasaran tiket murah oleh Air Asia) agar kedua-duanya tidak bersaing sesama sendiri.

Justeru, saya mempersoalkan sama ada tindakan Dato’ Seri Tony Fernandes ini mencabuli komitmen yang telah dibuat melalui Air Asia di dalam perjanjian CCF yang ditandatangani dengan MAS?

Beliau dan Khazanah Berhad perlu juga menjawab soalan-soalan berikut:

1. Bukankan perjanjian CCF secara jelas menghalang Air Asia dan pemiliknya membuka sebuah syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan premium penuh di laluan yang sama dengan MAS, agar masing-masing membina kekuatan di dalam pasaran tersendiri?

2. Adakah Caterham Jet akan menggunakan laluan yang sama dengan MAS dan seterusnya menjadi pesaing kepada MAS? Ini menyebabkan perjanjian CCF tidak lagi bermakna dan berguna.

Pelaksanaan perjanjian CCF telah mengakibatkan kemarahan kakitangan MAS yang merasakan mereka dipinggirkan di dalam proses membuat keputusan; sedangkan mereka banyak berkorban di dalam pelbagai Pelan Transformasi Perniagaan (BTP) yang diperkenalkan pengurusan MAS sebelum ini.

Penubuhan Caterham Jet mengesahkan bantahan KEADILAN terhadap perjanjian CCF sebelum ini atas dasar ia tidak menjamin perkongsian sama rata di antara MAS dan Air Asia yang seterusnya merugikan rakyat akibat monopoli yang wujud.

Tiada ulasan: