"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bunyi pelik dalam bilik mandi


Alor Gajah: Sepasang kekasih dicekup penduduk selepas dikesan bermadu asmara di dalam bilik mandi di rumah sewa di Simpang Ampat, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, perbuatan terkutuk pasangan kekasih berusia 19 dan 17 tahun itu turut disertai seorang rakan lelaki yang tinggal serumah.

Difahamkan, perbuatan jijik itu disedari penduduk taman perumahan yang memeriksa selepas terdengar bunyi aneh dari arah bilik air di belakang rumah sewa itu.

Menurut sumber, jiran mereka mengesyaki sesuatu tidak kena selepas terdengar bunyi pelik sebelum memaklumkan kepada penduduk lain.

“Ketika meninjau luar rumah, jiran ternampak kelibat remaja perempuan dari tingkap hadapan memasuki bilik mandi bersama seorang lelaki.

“Tidak lama kemudian seorang lelaki mengetuk pintu bilik mandi itu lalu masuk menyebabkan jiran maklumkan kejadian kepada penduduk taman untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, kelmarin.

Sumber berkata, sekumpulan penduduk meminta bantuan anggota polis serta imam masjid untuk melakukan pemeriksaan.

“Beberapa minit kemudian dua lelaki dan seorang wanita membuka pintu dengan berpakaian lengkap,” katanya.

Difahamkan, serbuan itu diketuai Pegawai Syarak merangkap Imam (2) Masjid Simpang Ampat Zainal Ketot bersama dua anggota polis dan ahli jawatankuasa penduduk taman perumahan berkenaan.

Sumber berkata, pasangan terbabit difahamkan bekerja di pekan Alor Gajah.

Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Rahimin Bani berkata, mereka ditangkap kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah.

“Pasangan terbabit bersama rakannya dipercayai bersekedudukan hingga mendatangkan syak dan boleh didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka atau denda jika sabit kesalahan,” katanya.
-hmetro-

Tiada ulasan: