"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau mahu Rompin lepaskan Permatang Pauh

permatang pauh bnPETALING JAYA: PAS mencadangkan UMNO supaya tidak bertanding di Permatang Pauh jika parti itu mahu menang dengan laluan mudah di Rompin.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian sebagai respon kepada saranan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob supaya PAS tidak bertanding di Rompin untuk menjimatkan duit rakyat.

“Jika begitu, apakah UMNO akan memberikan kemenangan percuma kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh atas alasan yang sama?

“Kalau ingin menjimatkan duit, lebih elok Menteri Besar Pahang menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Perdana Menteri memberikan jawapan kepada isu 1MDB yang melibatkan kehilangan duit rakyat dan pelbagai isu yang masih tidak dijawab,” katanya pada Selasa.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin berkata, PAS tidak akan memberi laluan mudah kerana UMNO tidak memberi ‘laluan mudah’ kepada rakyat yang dibebani Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta perbelanjaan boros.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PRK itu menguntungkan rakyat yang akan menerima pelbagai bantuan dan kemudahan awam diperbaiki kerana Rompin merupakan kubu kuat UMNO.

“Masa inilah peluang rakyat Rompin untuk melihat para pemimpin BN-UMNO secara dekat,” katanya.
-fmt-

Tiada ulasan: