"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Politik PAS yang bercelaru dan srategi Parti Amanah melepaskan Dato' KJ dan Tan Sri Mat Taib kepada PKR

Dato'Mahfuz Hj.Omar
1. Saya terkejut dengan penyertaan Dato' Kamarudin Jaafar (KJ) ke dalam parti PKR yang masih merupakan rakan kerjasama politik PAS. Bukan saya seorang yang terkejut tapi ramai yang tidak menyangka demikian. Apa tah lagi dalam suasana berlaku pertikaian bab bai'ah cerai talak tiga serta dakwaan oleh pimpinan PAS bahawa mereka yang keluar dari PAS dan menyertai Parti lain adalah melanggar bai'ah dan membawa pergi kerusi yang ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS adalah pengkhianat

2. Tindakan Dato' KJ dan Tan Seri Mohammad Taib bekas Menteri Besar Selangor tidak menyertai Parti Amanah Negara(Amanah) bukannya isu untuk diperbahaskan. Tetapi isu besarnya ialah kenapa KJ dan Tan Seri memilih PKR dalam keadaan sebelum ini mereka berdua dilihat berada di atas pentas GHB sebelum penubuhan parti politik. Malah Tan Seri turut berkempen menyokong GHB. Saya percaya ini lah kebijaksanaan Amanah untuk melepaskan KJ dan Tan Seri atas permintaan Dato'Seri Anwar Ibrahim kepada PKR sebagai satu strategi politik kerjasama yang lebih mantap pada masa depan antara Amanah dan PKR serta DAP pada bagi membentuk PR 2.0 untuk menghadapi pru14. Amanah membina kepercayaan rakan kongsi politik pembangkang dengan sterategi "give and take" untuk memposisikan partinya di persada politik nasional.

3. Persoalan kedua dari penyertaan dua tokoh ini dalam PKR khususnya KJ yang turut membawa kerusi Parlimen Tumpat yang ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS sejak dari PRU ke10 pada tahun 1999 lagi ialah apakah pendirian PAS terhadap KJ dan PKR. Pada MP dan Adun yang sertai Amanah dikecam hebat dan dituntut melepas jawatan wakil rakyat. Jika KJ juga nak dikecam kerana membawa bersama kerusi Parlimen Tumpat ke dalam PKR, adakah PAS juga bersedia untuk mengecam PKR yang memujuk dan menerima KJ?.

4. Sedangkan kepada mereka yang meninggalkan PAS khususnya Wakil Rakyat yang menyertai Amanah dianggap pengkhianat dan PAS tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat, bagaimana pula hubungan kerjasama PAS dengan PKR selepas episod ini, apatah lagi kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor yang diterajui PKR? Memandangkan PKR telah menerima KJ ahli Parlimen yang meninggalkan PAS. Orang yang melakukan perbuatan ini dianggap oleh Pimpinan PAS sebagai pengkhianat. Boleh kah PAS bertahaluf dengan PKR yang telah menerima Pengkianat PAS?

5. Rakyat sedang memerhati tindak tanduk PAS dan PAS sedang dilihat berada dalam keadaan tersepit dalam nak meneruskan kerjasama Politik dengan rakan rakan pembangkang. Untuk menghalang Amanah sertai PR 2.0 sudah tidak nampak jalan, kerana PKR dan DAP bersetuju untuk terima Amanah sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat baru 2.0. Nak sama sertai dalam PR 2.0, PAS sudah pun putuskan hubungan dengan DAP dan mengistihar kumpulan yang menerajui Amanah sebagai pengkhianat yang mesti dihapuskan. Hendak bertahaluf dengan PKR sahaja pun bermasaalah kerana PKR telah menerima Pengkhianat PAS dan membawa kerusi Parlimen yang dimenangi PAS bertukar menjadi Ahli Parlimen PKR. Atau dalam bahasa marah PKR sudah mencuri kerusi PAS. Redho kah PAS?.

6. Apakah PAS akan bersendirian dalam percaturan politik di Malaysia akan menjadi kenyataan selepas ini? Apakah PAS akan berundur dari Kerajaan Selangor? Dan apakah dalam PRU14 nanti PAS akan bertanding di semua kerusi di seluruh negara? Persoalannya, apakah itu perkiraan politik yang betul dalam situasi politik hari ini?

7. Sebagai ahli PAS yang masih Istiqamah sangat mengharapkan PAS tidak terpinggir dan dapat memperbetul serta memposisikan kembali kedudukannya di arus perdana politik Malaysia. Episod politik selepas ini makin mendebarkan. Jangan biarkan rakyat berada dalam penantian yang tak kepastian kerana itu suatu penyeksaan. Jangan biarkan angin perubahan politik Malaysia baru berlalu pergi tanpa hujan rahmat untuk semua.

SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.

Dato'Mahfuz Hj.Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan: