"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

NI apa yang Nik Abduh merepet ni, jenis muka tak tahu malu

DAP mungkin boleh terima Pas jika...
JOHOR BAHRU: Peluang Pas untuk menyertai PR‎ 2.0 masih cerah sekiranya ada pertemuan dan perbincangan bersama DAP, kata Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurut beliau, DAP tidak mustahil mengubah keputusan (tidak mahu penyertaan Pas dalam Pakatan) jika terdapat pertemuan yang membolehkan kedua-duanya bersemuka bagi menangani krisis dihadapi.

"Dalam politik, musuh boleh menjadi kawan dan kawan boleh menjadi musuh, yang menentukan ialah perbincangan.

"Bagaimanapun, setakat ini kita tidak menerima permintaan (dari DAP) berhubung perkara itu," kata beliau dalam sidang media mengenai pelantikan 13 Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda Pas Johor Bahru, di Ibu Pejabat parti itu, hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu diminta mengulas sama ada pihaknya yakin DAP akan menyokong penyertaan mereka dalam PR 2.0 yang sedang dirancang.
-Bernama-
*PAS yang buat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP sebab DAP tentang HUDUD, lepas tu sekarang nak berbincang.

7 ulasan:

Unknown berkata...

Yang paling bodohnya ialah mereka menunggu undangan DAP sedangkan mereka yang berharap dan merekalah juga yang memutuskan hubungan. Yang paling ngoknya ialah Hadi dah putuskan tidak akan menyertai PR 2.0 tetapi Nik Abduh pula yang nak bincang

PokAmid berkata...

Fakih dalam hal agama tak semestinya hebat dlm berpolitik dan dlm kepimpinan
Nilai seorang pemimpin politik terserlah keluar dgn dgn ucapan dan tindakan. Yg tk pandai baca senario politik semasa tu, elok lah undur diri drp jawatan yang dipegang, termasuk lah nakhoda tu. Mereka hanya merosakkan halatuju dan pencapaian parti!

Unknown berkata...

Nakhoda dan pembodek disekeliling beliau patut tumpukan pada dakwah, iaitu memperbetulkan akhlak pemuda pemudi, mat/minah melayu rempit.

Hal-hal kepentingan negara, serahlah kepada yang professional.

Tapi, malangnya..yang alim ulama,mereka bodoh sombong..tidak boleh ditegur!

amalenor berkata...

Semuga ALLAH melaknat pengkhianat ISLAM

Unknown berkata...

Btoi tu p amid...

bat8 berkata...

Sebenarnya PAS tidak menjadi masaalah untuk menyertai PR 2.0 .Yang menjadi masaalah menghalang PAS diterima ke dalam PR 2.0 ialah HH. Ini masaalah utama.

Pemimpin-pemimpin PAS yang lain kena faham hakikat ini. Selagi HH menjadi presiden, beliau akan menimbulkan banyak masaalah kepada PAS dan PR 2.0. Pemimpin2 PAS yang lain kena membuat pilihan antara perjuangan PAS atau HH.

Pendapat Nik Abduh diatas merupakan satu pendapat yg bodoh. Masaalah HH adalah masalah PAS. Jangan expect DAP atau siapa sahaja yang bertolak ansur kerana ia tidak dapat menyelesaikan masaalah HH akan mempkrakperandakan PR 2.0 seperti apa yang beliau lakukan dalam PR dulu. Masaalah2 small napolean2 lain dalam PAS yang ada dalam barisan kepimpinan PAS sekarang bukan menjadi masaalah sangat kerana mereka boleh dikeluarkan dari kepimpinan PAS dalam pemilihan akan datang.

Jadi, jika PAS mahu menyertai PR 2.0, kepimpinan PAS mesti menyelesaikan masaalah HH ini.Ini tanggungjawab mereka jika ingin PAS menyertai PR 2.0 . Else PR 2.0 ditubuhkan tanpa PAS. PAS mungkin dipertimbangkan untuk diterima kedalam PR 2.0 setelah masaalah HH sudah selesai.

Unknown berkata...

Pas parti yg relevan dan istiqomah dlm memperjuangkan Islam. Teruskan perjuangan walaupun dlm perjalanan ini bnyk rintangan dan kita lihat ramai yg tersungkur