"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS

PAS tidak mampu bergerak sendirian, kata Nik Abduh

Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Pemuda PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata, parti PAS percaya kekuatan pembangkang terletak pada gabungan bersama parti politik lain. 

PAS hari ini mengakui masih memerlukan kerjasama dengan parti politik lain dan tidak mampu bergerak sendiri untuk menjadi pembangkang yang kuat.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu percaya kekuatan pembangkang adalah terletak pada gabungan bersama parti politik lain.

"Kita konsisten yang kita perlu kuat dan kekuatan parti pembangkang adalah melalui gabungan parti politik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, di atas prinsip itu, PAS tetap akan kekal dalam hubungan politiknya dengan PKR.

"Selama mana kita boleh bergabung, kita akan kekalkan hubungan dalam gabungan Pakatan Rakyat ini," katanya.
-malaysianinsider-
*Nak buat U-Turn ke? PAS bertambah kuat tak perlu bergabung dengan parti lain kata Tuang Presideng, orang bawah kata lain. Ahli PAS mesti wala' dengan Tuang Presiden

Tiada ulasan: