"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki tampar imam dakwa ‘suara halus’ serunya ganti jadi imam (video)

FMT Reporters
Zainol-Samah_tampar_600
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga India yang menampar pipi Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim ketika solat Jumaat mendakwa, dia mendengar suara halus yang menyuruhnya supaya menggantikan tempat imam itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, berdasarkan siasatan lelaki terbabit didapati tidak waras dan sering bercakap seorang diri.

“Menurut suspek, semasa solat tersebut dia telah terdengar suara halus memintanya untuk menjadi Imam semasa Solat Jumaat,” katanya menerusi kenyatan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, lelaki terbabit tidak mempunyai kaitan dengan militan Islam (IS) tetapi dipercayai mengalami masalah mental.

Dalam kejadian itu, suspek telah bertindak keluar daripada saf solat dan meluru ke arah Mohd Zuhairee yang ketika itu sedang membaca surah.

Suspek kemudiannya menolak dan bertindak menampar pipi sebelah kanan Mohd Zuhairee selain cuba mengambil alih untuk menjadi imam solat Jumaat.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan.

Mohd Zuhairee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Dalam laporannya, dia mendakwa tamparan lelaki itu telah menyebabkan kepalanya sakit.

Tiada ulasan: