"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR dijangka meninggalkan Pas

Khairil Ashraf 
PAS-PKR1PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mengambil pendirian berpisah dengan Pas bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bersama DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Jangkaan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Dengan jangkaan keputusan PKR itu, beliau berkata, Pas berkemungkinan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) secara bersendirian menggunakan pengaruh dan kekuatan sendiri.

“PPP mengunjurkan PRU14 nanti adalah pertandingan pelbagai parti (multi parties system), di mana Pas akan muncul sebagai salah satu parti yang berpengaruh,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Ahli Majlis Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana-mana pihak selepas PRU14 yang menghormati dasar perjuangan dan menyokong usaha Pas menyuruh kebaikan (maaruf) dan mencegah keburukan (mungkar) demi kesejahteraan Malaysia.

Diminta mengulas kenyataan DAP yang tidak mahu menyertai PR 2.0 sekiranya Pas menyertai gabungan itu, Dr Zuhdi berkata,

“Pas Lebih teguh dalam keadaan seperti hari ini, iaitu tiada hubungan dengan DAP dan golongan yang selama ini cuba memesongkan jati diri perjuangan Pas telah keluar menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara),” katanya.
-fmt-

3 ulasan:

nick berkata...

Ha..ini lah yang rakyat mahukan! Kenyataan yang jelas dan tegas bukan kiasan, spin dan konar baring! Bukankah ia memudahkan urusan? PAS nanti senang nak bersedia hadapi PRU dengan berkerjasama dengan mana2 parti yang sanggup mendokong keinginan PAS. Ini secara ilmiahnya, DR Zuhdi bagitau kat rakyat yang PAS bukan rakan PR2.0 dan besar kemungkinan akan tidur sebantal dengan UMNO (bukanlah berita yang mengejutkan bagi rakyat).

Tapi yang paling penting, rakyat yg mengundi PR masa pru lepas juga senang semasa PRU14 nanti, senang nak mengenal siapa yang patut di undi dan siapa yang perlu ditinggalkan. Win-win situation kepada semua. PAS pun dapat apa yang selama ini mereka usahakan iaitu bergerak sendiri dan kemudian dapat duduk berbincang dengan UMNO. PR2.0 pun senang untuk berstrategi dalam menentukan calon kerana tiada lagi perbalahan serta tikam belakang. Rakyatlah yang paling senang kerana undi yang akan mereka berikan tu samada kepada PR mahupun UMNO tidak dikhuatirikan dibelot. Tentang PAS tu saya tak boleh nak jamin kerana sejarahnya, PAS ada berkemungkinan untuk belot kalau ulamak2 mereka fikir itu betul ikut otak mereka dan rakyat tak boleh membantah sebab dah bagi undi kat PAS. So hak PAS untuk berbuat apa sahajalah selepas dapat undi! Habis cerita, tutup topik and no more discussion on whom is joining PR2.0!

Nick
Cape Tiger.

Unknown berkata...

eloklah PAS tegas tinggalkan PKR

bagitau PKR yg PAS takkan tunduk kpd sesiapa kecuali presideng

ulang kata pada PKR yg PAS tk suka kawan dgn kwn pengkhianat

PAS juga tk suka dgn PKR yg sekular dan liberal


jgn ada lagi usaha PKR nk bersahabat dgn parti islam sedunia ini


senang utk rakyat membuat pendirian bila PAS bergerak sendirian.

umnu pun tk mau PAS dah..... takkan PKR nk bermanja dgn PAS lagi


rakyat tkde masa nk layan org2 sombong dan besar diri

rakyat semakin terhimpit, rakyat perlukan PR2.0 segera sebelum PRU

rakyat tkde masa nk layan anjing bukit dan babi


sapa suka bab zoology pergilah berguru dgn PAS

rakyat nk kesejahteraan dlm negara ini utk masa depan anak cucu

bab masa depan anjing bukit dan babi, biarlah parti zoology uruskan

Abdul Said berkata...

Baguslah macam tu. Yang dijebonkan sudah tak ade. Senanglah nak buat apa pun.Tuan presiden mesti gumbira, gumbira dan gumbira.