"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kevin Morais dibunuh, doktor tentera berpangkat kolonel antara 7 ditangkap

Mayat Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais ditemui dalam tong dram di kawasan di USJ 1, Subang Jaya, 12 hari selepas kehilangannya. – Gambar The Malaysian Insider, 16 September, 2015.
Mayat Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais ditemui dalam tong dram di kawasan di USJ 1, Subang Jaya, 12 hari selepas kehilangannya. – Gambar The Malaysian Insider, 16 September, 2015.

Polis hari ini mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sebelum ini, mati dibunuh selepas mayatnya ditemui terbenam di dalam konkrit dalam sebuah tong dram di USJ 1, Subang Jaya, 12 hari selepas kehilangannya.
Polis turut mengesahkan, 7 orang, termasuk seorang doktor tentera, ditahan semalam.

Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada waktu pagi untuk ke pejabat. – Gambar fail Facebook, 16 September, 2015.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, suspek utama membawa polis ke kawasan paya itu, di mana tong yang mengandungi jasad Morais dibuang.

"Kami percaya ia ada kaitan dengan kes di mahkamah Shah Alam di mana Morais terlibat. Suspek itu terbabit dalam kes rasuah yang mana Morais merupakan pendakwanya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

Morais, yang bertugas dengan Jabatan Peguam Negara, dilaporkan hilang pada Jumaat, 4 September lalu selepas dia meninggalkan kediamannya di Menara Duta untuk keluar bekerja.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata minggu lepas, polis mengklasifikasikan semula kes itu daripada laporan orang hilang kepada penculikan berdasarkan rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi di Kuala Lumpur.

Rakaman itu menunjukkan kereta Morais dirempuh sebuah kereta lain di sebatang jalan di ibu kota sebelum dipandu pergi beberapa lelaki.

Mohmad berkata, polis menemui mayat itu selepas berjaya memecahkan tong itu dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat.

"Mayat itu, yang disumbat dalam karung guni, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, yang akan dilakukan pada jam 2 petang," katanya.

Suspek termasuk seorang wanita dan kanak-kanak, tetapi Mohmad berkata kedua-duanya tidak terlibat secara langsung dalam kes itu tetapi turut ditahan bersama mereka yang lain.

"Hanya seorang dari suspek mempunyai rekod jenayah," katanya, sambil menambah, semua suspek ditahan di sekitar Rawang dan Lembah Klang.

Beliau juga berkata, siasatan awal mendapati, suspek utama mengupah suspek lain yang ditahan itu untuk melakukan penculikan.

Polis turut merampas wang berjumlah RM17,000, sebuah Honda Accord dan sebuah Mitsubishi Triton, yang digunakan untuk melanggar kereta Morais apabila dia diculik, di Pulau Pinang.

Sebuah Proton Persona, RM15,000 dan perkakasan yang digunakan untuk menyumbat mayatnya ke dalam tong juga dirampas di Kuala Lumpur.
Doktor tentera itu, seorang berpangkat kolonel berusia 50-an, yang bertugas di makmal patologi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, didakwa mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan perdagangan haram pada Disember 2013 .

Morais merupakan timbalan pendakwa raya dalam kes itu.

Pada September tahun lepas, doktor itu, yang dilepaskan dengan ikat jamin RM100,000, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan RM700,000 kerana didakwa mencadangkan tiga syarikat untuk membekalkan ubat-ubatan dan alat perubatan pakai buang ke hospital.
-malaysianinsider-

------------------------------------------------

Mayat dalam tong dram sah Kevin Morais

Polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam tong dram berisi konkrit pagi tadi adalah Kevin Morais - timbalan pendakwa raya yang hilang sejak minggu lalu.

Penemuan mayat itu dibuat selepas tujuh suspek ditahan dan seorang daripada mereka membawa polis ke sebatang sungai berhampiran Jalan Subang 3, Subang Jaya.

The Star Online memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, suspek membawa polis ke kawasan berkenaan kira-kira jam 6 pagi tadi.

Katanya, penyelam digunakan untuk mengesan tong dram itu sebelum sebuah forklift digunakan untuk menariknya keluar dari sungai.

Mohmad berkata antara yang ditahan polis untuk membantu siastaan ialah seorang wanita dan kanak-kanak.


"Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kereta Morais diekori sebuah Mitsubishi Triton yang merempuh kereta rasmi kerajaan dinaiki mangsa," katanya.

Morais kemudian dilarikan menaiki kenderaan pacuan empat roda itu, manakala kereta mangsa dibawa individu lain.

Mohmad berkata mayat Morais dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kata Mohmad seorang daripada suspek adalah bekas pegawai perubatan angkatan tentera yang terbabit dalam kes rasuah dikendalikan Morais di Shah Alam baru-baru ini.

"Suspek direman 14 hari untuk membantu siasatan," katanya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: