"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Annuar Musa mengesahkan penyertaan ribuan ahli PAS dalam perhimpunan 'Baju Merah'

Pas punca penyertaan himpunan di luar jangkaKUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan baju merah, Tan Sri Annuar Musa mengakui beliau ada menghubungi pemimpin Pas untuk mempelawa parti itu untuk serta dalam program itu.
"Saya akui saya berhubung secara langsung dengan pimpinan Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, secara tidak rasmi mereka tidak halang ahli-ahli datang, itu pun sudah cukup bagi kita.

"Saya tak tahu (berapa ahli Pas hadir) sebab saya diberitahu secara tidak formal, mereka menjanjikan 10,000 ahli akan turut hadir," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Himpunan Baju Merah di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sebelum ini mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan Rakyat Malaysia Bersatu di lokasi sama.

Dalam masa sama, Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos sebelum ini mengumumkan memberi komitmen untuk mengumpul sehingga 30,000 ahlinya dalam perhimpunan baju merah itu.

Ditanya tentang khabar angin mengatakan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir pada perhimpunan itu, hari ini, beliau bagaimana tidak dapat mengesahkannya.

"Saya terima visual di hadapan Padang Merbok bahawa Nik Abduh bersama dengan kumpulan pengiringnya.

"Sama ada dia hadir atau tidak, yang saya pasti ahli-ahli Pas juga bersama, kalau tidak seramai ini kita, semua datang, saya ucapkan ribuan terima kasih," katanya lagi.
-sinarharian-

Tiada ulasan: