"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berita inikah punca PAS mahu mengadakan perhimpunan hijau

Penghijrahan beramai-ramai lumpuhkan PAS kawasan seluruh negara, kata Amanah

Lebih separuh PAS kawasan di seluruh negara kini mengalami kekosongan dalam pimpinan mereka akibat perpindahan kepada parti baharu dibentuk kumpulan serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah), kata Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir. 

Katanya, penghijrahan beramai-ramai daripada PAS kepada Amanah itu, yang terbesar ialah di Johor, di mana beliau mendakwa semua kecuali "satu atau dua" kawasan yang masih mempunyai pemegang jawatan mencukupi untuk meneruskan parti.

PAS kawasan, atau bahagian, adalah peringkat kedua parti dan dibentuk berdasarkan kawasan Parlimen.

Parti Islam konservatif itu mempunyai satu kawasan dalam setiap satu daripada 165 kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia dan beberapa kerusi di Malaysia Timur.

Anuar berkata, Johor mempunyai paling banyak Amanah bahagian, diikuti Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran mengenai berapa banyak bahagian Amanah wujud di setiap negeri tetapi mendakwa keahliannya semakin bertambah.

"Sebagai contoh di Selangor, bahagian Kota Raja sudah mempunyai 1,500 ahli. Di Johor, PAS kawasan hampir lumpuh apabila pemimpinnya meninggalkan parti," Anuar memberitahu satu forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata berikutan penubuhan bahagian itu, Amanah akan membentuk cawangan, peringkat yang paling rendah dalam parti.

Amanah dibentuk bekas pemimpin progresif dalam PAS yang meninggalkan parti selepas hampir semua tersingkir pada pemilihan parti Jun lalu.

Langkah mereka itu menimbulkan kemarahan golongan konservatif dalam PAS, yang melabel mereka sebagai pengkhianat.

Parti baharu itu kini sedang berunding bagi membentuk sebuah pakatan dengan PKR dan DAP, berikutan terbubarnya Pakatan Rakyat.

--------------------------

Himpunan 60K bukan kerana ahli keluar parti
Himpunan 60K bukan kerana ahli keluar parti
Himpunan 60K bukan kerana ahli keluar parti Nik Abduh (tengah) ketika bercakap pada sidang media di ibu negara hari ini. - Foto Sinar Online oleh RAZIATUL HANUM A.RAJAK
KUALA LUMPUR: Penganjuran Himpunan Fastaqim atau 60 Ribu (H60K) bukan kerana ramai ahli Pas meninggalkan perjuangan parti.

Pengarah H60K, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, matlamat dan objektif himpunan itu berkait rapat dengan krisis yang melanda politik negara ketika ini.

"Sama ada krisis dalam negara, krisis dalam PR, krisis dalam Pas. Semua itu perlukan sokongan, dukungan dan kesefahaman ahli supaya mereka sentiasa siap sedia serta yakin dengan perjuangan Pas.

"Tidak, ia tiada kaitan dengan pemimpin yang nak keluar," katanya pada sidang media pelancaran H60K di Ibu Pejabat Pas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Abduh yang juga Ketua Pemuda Pas berkata, himpunan itu bagi membangkitkan semangat akar umbi parti.

"Kita tumpu kepada semangat ahli kita di mana kita tahu apabila ahli melihat Pas dalam krisis, mereka menuntut sesuatu daripada pimpinan.

"Himpunan ini bukan kerana kebimbangan akar umbi tapi semangat mereka untuk mengukuhkan Pas dan menunjukkan bahawa mereka istiqamah dengan Pas," katanya.

Jelasnya, Pas akan menjemput semua parti politik pembangkang dan kerajaan serta NGO menyertai himpunan itu.

"Kita jemput semua sebab ini himpunan rakyat. Kalau BN nak datang pun kita akan...surat jemputan itu kita akan buat," katanya.

Sementara, setiausaha himpunan tersebut, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran minima penglibatan peserta itu susulan melihat momentum mutakhir di mana rakyat mencari platform untuk kebangkitan.

"Kita akan mengerahkan keseluruhan masyarakat bukan hanya untuk ahli tapi kepada semua rakyat yang menyokong perjuangan Pas untuk menggerakkan perubahan dalam negara kita.

"Kita yakin dapat capai sasaran kita paling minima 60,000 itu kerana kita lihat momentum mutakhir ini di mana rakyat mahukan perubahan dan mereka mencari platform untuk kebangkitan menghadapi PRU14. Boleh dianggap himpunan ini sebagai pemanas badan jentera untuk mendepani PRU14," katanya
-sinarharian-

3 ulasan:

Unknown berkata...

Masa TGNA ada kupandang PAs sperti crystal yg berharga. Crystal adalah kaca yang sempurna, tiada gelembong udara , bila dijentik ia menghasilkan bunyi yang merdu malangnya bila dibawa oleh tuang presideng ia jatuh berkecai maka tamatlah riwayat pas disanubari ku sperti mana berkecainya crystal. Himpunan hijau adalah buat lawak sarkas.

Abdul Said berkata...

Din Hellfire pun ade???

Tanpa Nama berkata...

lebih baik duit belanja himpunan tu digunakan utk buat rumah rakyat yg masih tinggal dlm khemah.

DAP pun dah buat rumah2 utk rakyat Kelantan. mung buat apa?

bila DAP nak buat masjid, si amar tetiba je kata dah ada peruntukkan nak bina masjid tu. dah bina masjid tu ke belum?

pas dah jadi parti munafiq dan penipu.
mana dpt duit beli rover, vellffire, mini cooper, buat rumah2 utk anak2?
sapa punya kerja yg gondolkan gunung sampai banjir besar dlm sejarah kalau tak pas?
rafizi dah failkan RUU utk pecat najib. pas pula bila nak failkan RUU hudud? ataupun hudud hanya kempen nak jatuhkan puak pro sbb dah senyap>

Ingat ahmad yakob, mung dah janji nak letak jawatang kalau hudud tak laksana tahun ni...