"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Agaknya kenapa PAS Selangor jadi meroyan macam ni

GHB dicabar bentuk kerajaan sendiri
KUALA LUMPUR: PAS Selangor mencabar pimpinan GHB supaya membentuk kerajaan sendiri jika parti itu ditubuhkan untuk menumbangkan Umno-BN.

Setiausaha PAS, Mohd Khairudin Othman berkata GHB perlu membentuk kerajaan sendiri di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat belum menang dalam pilihan raya.

Jika matlamat menubuhkan parti untuk menumbangkan Umno-BN soalnya kenapa hendak bertanding di kerusi yang sama dengan PAS terutama di Selangor dan Kelantan.

"Kenapa tidak tumpu negeri yang belum menang? Bertandinglah di Johor tubuhkan kerajaan GHB di Johor; tubuhkan kerajaan GHB di negeri Sembilan; Sabah dan Sarawak....silakan," tegasnya.

Beliau yang juga Adun Paya Jaras mencabar pimpinan GHB jika `gentlemen' jangan bertanding di Selangor; Kelantan dan Pulau Pinang.

"Jika menubuhkan parti GHB untuk menumbangkan Umno-BN tubuhkan kerajaan di negeri yang belum menang," tegasnya.

Di Selangor katanya, tidak ada rundingan langsung untuk GHB mengambil kerusi PAS.
Selain itu beliau turut mengingatkan pimpinan dan ahli GHB supaya tidak menggunakan taktik `memancing' atau mencuri ahli PAS ke parti baru mereka.

Beliau mempersoalkan kenapa ketika berada dalam PAS tidak menggunakan kempen menarik ahli Umno masuk PAS.

"Tariklah orang Umno masuk PAS kalau betul-betul hendak berdakwah. Ini bila masuk GHB tarik orang PAS," tegasnya.

Menurut beliau jika ahli PAS memilih sendiri untuk berada dalam GHB itu terpulang mereka tetapi jangan paksa orang lain dengan mengambil gambar mengatakan orang tersebut masuk GHB.

2 ulasan:

Benbrahem berkata...

Dah tak ada modal lagi ke? Berterus terang sajalah katakan Pas amat takut berhadapan dengan PAN di mana2 kawasan PRU 14 nanti. Silap2 13 Adun Pas Selangor boleh menyeberang ke PAN. Apa akan jadi pada Pas?

rus

Abdul Said berkata...

Inilah jadinya kalau orang yang kepalanya sudah dimasuki air dilantik jawatan tinggi dalam parti. Merghapu dan berkata tak tentu hala. Janji mulut tu berbunyi. Takde kualiti tak ape. Kalau tidak apa pulak orang kata bila setiausaha senyap sahaja!!!!!.