"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rosmah sekadar laga pipi, bukan cium? (video)

FMT Reporters 
rosmah-mansur
PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi menjadi sasaran fitnah selepas rakaman visual beliau mencium pipi adik iparnya, Datuk Mohd Nazim Tun Razak dimuat naik di laman sosial.

Ia dirakam 15 tahun lalu, di hari perkahwinannya dengan Norjuma Habib Mohamed.

Pengesahan itu diberikan Pegawai Khasnya, Datuk Rizal Mansor ketika dihubungi FMT.

Jelasnya, apa yang dilakukan majikannya sekadar berlaga pipi dan ia hanya adat menghormati perkahwinan pasangan Nazim dan Norjuma.

“Pada saya, Rosmah bukan cium Nazim Razak, dia hanya laga-lagakan pipinya sahaja.

“Perkara ini juga sudah lama berlaku iaitu pada tahun 2000. Ini bukan isu besar,” katanya ketika diminta mengulas tentang video bertajuk ‘Rosmah cium laki orang’ yang tersebar dalam laman sosial.

Rizal menyelar penyebaran video berkenaan dan kesal dengan tajuk itu yang sengaja dibuat dengan niat jahat untuk memburukkan isteri Perdana Menteri.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Aduh..cerita lama aib org ko bukak..hati2 lah kawan...x mustahil aib ko jugak Allah akan bukak satu hari nanti..