"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MH370: Mengapa aduan “gila” lelaki itu tidak ditolak mentah-mentah polis, menteri

Zainulfaqar Yaacob
Di mana MH370 disembunyikan kembali menjadi perhatian apabila ada seorang lelaki membuat aduan polis terbaru lbaru-baru ini.Lelaki itu, dilaporkan memberitahu, bangkai pesawat dengan manusia ditemui anak saudaranya, di Pulau Tawi Tawi dekat Selatan Kepulauan Filipina beberapa hari lalu.
Pesuruhajaya negeri Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengaku, “perkara itu sedang disiasat”, menurut laporan The Star Online 11 Oktober 2015.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri dalam kenyataannya semalam dilihat tidak menolak mentah-mentah aduan lelaki tersebut.

Sepatutnya aduan lelaki itu ditolak mentah-mentah atau dianggap datang daripada “orang gila”.

Ini kerana, Putrajaya sebelum ini ada ketetapan yang tuntas mengenai misteri kehilangan MH370.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri sudah pun mengumumkan, Penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di Selatan Lautan Hindi.

Mengapa polis dan menteri yang mempunyai keputusan tuntas mengenai kes pencarian MH370 ini, mengambil sikap yang tidak tuntas pula sekarang?

Apabila polis berkata “perkara ini sedang disiasat”, maka tentu ada asas siasatan lain?

Apabila menteri sendiri tidak konsistan dalam perkembangan terbaru kes misteri ini, tentu ada yang tak kena dengan ketetapan yang dimuktamadkan Putrajaya sebelum ini.

Justeru, Putrajaya digesa jangan sembunyikan perkara yang sebenar, jika aduan lelaki berkenaan adalah berasas.

Ingat, 38 penumpang dan 12 anak kapal adalah warganegara!

* Penulis merupakan pengarah Komunikasi Amanah Pulau Pinang.
-detikdaily-

Tiada ulasan: