"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelik PAS ni: Dengan Perkasa yang berketuakan seorang yang penah mengkhianati PAS boleh pula berkerjasama (Gambar)

Pas- Perkasa jalin kerjasama
Khairil Ashraf 
pas-perkasa
KUALA LUMPUR : Pas dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) bersetuju untuk membentuk kerjasama buat pertama kali membabitkan isu-isu nasional tetapi tidak melibatkan kerjasama politik.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerjasama itu selaras dengan dasar terbuka parti itu untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak untuk kebaikan rakyat.

“(Kerjasama) ini menunjukkan Pas terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk Perkasa dan badan bukan kerajaan (NGO)

“Untuk maruah negara dan rakyat, kita bersatu dengan Perkasa demi untuk agenda bangsa dan rakyat,” katanya pada sidang media bersama pemimpin Pas dan Perkasa di Ibu Pejabat Pas pada Selasa.

Terdahulu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali bersama-sama 33 orang ahli pertubuhan itu mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ibrahim berkata, Perkasa gembira kerana Pas memutuskan hubungan dengan DAP.

“Perkasa berpendapat tak rugi perjuangan politik Pas sebab Pas parti Islam yang peranannya menegakkan syiar Islam,” katanya.

Pas dan Perkasa sepakat mendesak supaya kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion serta dan membebaskan Peguam Matthias Chang serta Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Mereka juga turut mendesak supaya kerajaan telus dan tidak bersandiwara membabitkan isu Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA)
-fmt-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berpeluk sesama Islam tak apalah.asal jangan berpeluk dgn amoi dan orang kafir kit siang ..guan eng