"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini memang kerja gila...

Agensi
TANGKAP layar video TikTok memaparkan penumpang yang memasang tali pinggang keselamatan pada kaki. FOTO Ihsan TikTok @tfutchh
TANGKAP layar video TikTok memaparkan penumpang yang memasang tali pinggang keselamatan pada kaki. FOTO Ihsan TikTok @tfutchh
Washington: Trend baharu di TikTok menunjukkan aksi 'kreatif' segelintir penumpang pesawat mengenakan tali pinggang keselamatan di kaki, kononnya untuk keselesaan.

Portal Fox News melaporkan pelbagai video dikongsikan memaparkan aksi mereka memasang tali pinggang keselamatan di kaki dan pergelangan kaki dengan alasan mengelakkannya tergelincir ke bawah.

Seorang pengguna TikTok menyiarkan video pada 2 Februari lalu sambil mencuba trend itu.

"Kepada sesiapa yang dikatakan meletakkan tali pinggang kapal terbang di sekeliling buku lali anda saya berhutang nyawa kepada anda!" tulisnya pada kerangan video itu.

Video itu sudah mencecah 20.7 juta tontonan dan 1.9 juta tanda suka selain mendapat pelbagai maklum balas di ruangan komen.

Seorang pengguna mengatakan tindakan itu sangat bijak.

Pengguna TikTok @thatonekenyan bertanya, "Kenapa kamu kata ini bijak? Jika sesuatu yang buruk berlaku, dia 'mati' kerusi itu," tulisnya.

Pengguna TikTok lain, Taylor Futch (@tfutchh) yang berasal dari Miami, Amerika Syarikat (AS), berkata dia mencuba sendiri trend itu ketika dalam penerbangan di Eropah.

Dia menyiarkan video pada 25 Januari lalu dengan keterangan;

"Saya nampak di TikTok mereka kata pasang tali pinggang keselamatan di buku lali dan saya tidak akan buat lagi selepas ini," tulisnya.

Video Futch sudah ditonton 3.2 juta kali setakat ini, dengan beberapa pramugari meninggalkan komen menggesa untuk lebih berhati-hati.

Seorang pengguna, Shannon Blevins, membalas dengan berkata;

"Saya kru penerbangan di sini. Tolong jangan lakukan ini. Saya tahu ia selesa, tetapi jika kita mengalami situasi buruk yang tidak dijangka, anda tidak dilindungi.

"Ia berlaku lebih daripada yang anda fikirkan!

Tiada ulasan: