"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita Thailand maut ditolak teman lelaki dari tingkat 23

Norzamira Che Noh
am@hmetro.com.my

Shah Alam: Wanita warga Thailand maut dipercayai ditolak teman lelakinya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10.02 malam.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa adalah wanira warga Thailand berusia 32 tahun dan tidak bekerja.

Katanya, menurut saksi, berlaku pergaduhan antara suspek dan mangsa sebelum wanita berkenaan ditolak dari tingkat 23 dan terjatuh di tingkat tujuh kondominium terbabit.

"Suspek iaitu lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan di lokasi kejadian pada 10.10 malam.

"Hasil semakan mendapati lelaki itu yang juga pemandu lori mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah.

"Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis kanabis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Muhammad Khairi Kamaruddin di talian 012-2666025," katanya

Tiada ulasan: