"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kemik teruk lepas berlanggar, bukti kualiti kereta tak bagus?

Mekanika
KERETA KEMIK TERUK LEPAS EKSIDEN, BUKTI KERETA TAK BAGUS?

Mohd Farhan Alias

Semasa idea kereta berkuasa enjin dengan bahan api petrol dicetuskan sekitar 100 tahun lalu, idea asas kereta ialah untuk menggantikan kereta kuda dengan kereta yang lengkap dengan enjin. Tapi secara jujurnya pada waktu ini pengeluar kenderaan bergelut dengan masalah ketahanan.

Mereka akan pastikan yang kereta dikeluarkan oleh mereka tidak rosak semasa digunakan dan lebih bagus berbanding dengan kereta kuda atau menunggang kuda. Jangan harap anda akan menemui ciri keselamatan pada kenderaan era ini, dan aspek keselamatan adalah ciri tambahan semata-mata.

Kalau tiada ciri keselamatan, ia masih boleh dijual tanpa sebarang masalah. Namun beberapa peristiwa yang menjadikan kereta menjadi semakin selamat untuk dipandu sehingga pada hari ini. Salah satu titik penting dalam aspek keselamatan ialah pengenalan tali pinggang keselamatan 3 poin oleh jurutera Volvo pada tahun 1959.

Malah Volvo juga bermurah hati dengan tidak mengenakan sebarang royalti kepada idea dan penciptaan mereka, membenarkan semua pengeluar kereta di dunia pada ketika itu untuk menggunakan paten tali pinggang keselamatan 3 poin yang dihasilkan oleh Volvo. Percuma sahaja dan mana syarikat tak perlu bayar sesen pun pada Volvo

Pengenalan tali pinggang keselamatan mengurangkan kematian sebanyak 40% dan mengurangkan kecederaan sebanyak 35% menyebabkan ia menjadi ciri keselamatan yang wajib digunakan. Selepas pendedahan Ralph Nadel mengenai rekaan tidak selamat kereta melalui buku Unsafe At Any Speed, kebanyakan kerajaan mulai serius berkenaan dengan ciri keselamatan moden kereta

Peraturan demi peraturan yang kompleks menjadikan jurutera memerlukan bantuan komputer pada awal dekad 1980an bagi menghasilkan rekaan kereta yang lebih bagus. CAD atau Computer Aided Design digunakan untuk mereka, menguji dan membetulkan rekaan mereka secara maya dengan menggunakan komputer

Salah satu aspek rekaan yang dihasilkan pada ketika ini ialah crumple zone atau zon remuk di bahagian depan dan juga bahagian belakang kereta untuk menyerap impak kemalangan. Bahagian penumpang pula diperkukuh dan juga dilindungi daripada impak kemalangan yang serius

Daya yang dikenakan pada kereta atau impak kemalangan bolh diukur dalam formula mudah F= m.a. F atau Force adalah daya yang bertindak, m adalah jisim (mass) dan a adalah acceleration atau dalam kes kemalangan nyahpecutan. Formula ini boleh dikembangkan menjadi:

F= m ( halaju awal – halaju akhir) / masa t

Atau f= m (v-u)/t

T = masa

Semakin besar masa diambil untuk kemalangan atau impak berlaku, semakin bagus sebab masa perlanggaran bertambah. Ini bermakna semakin kurang daya dipindahkan pada cesi dan penumpang

Cara untuk menambahkan masa kemalangan ialah dengan menambah zon remuk atau crumple zone yang bertindak sebagai span yang menyerap impak kemalangan. Crumple zone ini akan berhenti terpenyek sehingga ke zon kabin penumpang yang dilindungi oleh keluli ultra high strength atau high tensile

Jadi sekiranya anda melihat bampar kereta remuk dan pintu ruang kargo belakang terbenam itu bermakna zon remuk telah bekerja dengan baik. Apa yang kita kena perhatikan ialah kerosakan ini tidak melebihi C pillar di bahagian belakang dan A pillar di bahagian depan.

Eh tapi ada orang kata kereta lama keras macam batu adalah jauh lebih selamat daripada kereta moden zaman sekarang. Macam mana tue?

Kajian berkenaan dengan aspek keselamatan kenderaan sentiasa berkembang dan bertambah baik dari masa ke semasa. Protokol ujian keselamatan terkini akan diguna pakai sebagai SOP ujian keselamatan. Sekiranya kereta anda diuji 5 bintang 10 tahun lepas, ini tidak bermakna ia akan lulus cemerlang dalam ujian kemalangan terbaru.

Anda boleh lihat video di bawah bagaimana kereta baru berlanggar dengan kereta, dan kereta baru dengan selamba “menyembelih” kereta lama dengan mudah. Kereta lama dilanggar sehingga ruang penumpang terjejas dan penumpang akan mati akibat tersepit.

Dan ada juga orang memberi komen sinis, kereta Volvo lama lagi selamat sebab keras. Anda harus menonton video di bawah dan persepsi anda kereta lama yang keras adalah selamat mungkin berubah.

Tiada ulasan: