"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Speaker naik angin, arah Wan Saiful tarik tuduhan “orang korup akan mengadap Tuanku setiap minggu”

SITI NUR ZAWANI

Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) menimbulkan situasi amat tegang ketika sidang Parlimen tengah hari ini apabila membuat tuduhan yang dianggap keterlaluan.

Beliau mendakwa orang yang korup dengan maksud menyalahgunakan kuasa adalah individu yang akan mengadap tuanku Yang di-Pertuan Agong setiap minggu sebelum mesyuarat Kabinet bermula.

“Tuanku ada sebut bahawa baginda akan memburu semua orang yang korup. Korup itu menyalahgunakan kuasa.

“Ampun Tuanku, orang itu yang menyalahgunakan kuasa itu akan mengadap tuanku setiap minggu sebelum mesyuarat Kabinet,” kata Wan Saiful.

Perkara tersebut menimbulkan kemarahan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang mengarahkan Wan Saiful menarik semula tuduhan dibuat.

Tiada ulasan: