"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis ambil keterangan Hadi esok

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis akan merakam percakapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang petang esok, berhubung kenyataannya dalam artikel berjudul “Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan”.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata keterangan Hadi akan dirakam di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut, 2.30 petang esok.

Katanya, pegawai khas Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan pemimpin itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika ditemui selepas majlis di Pulapol, menurut Berita Harian.

Sebelum ini dilaporkan, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan kenyataan Hadi dalam artikel tersebut sambil menyifatkan Ahli Parlimen Marang tidak beradab.

Baginda dalam surat diutuskan kepada Hadi menegur kenyataan sinis itu yang secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat.

Tiada ulasan: