"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penunggang motosikal maut digilis kereta

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
KEADAAN motosikal yang terbabit kemalangan dengan dua kereta di Kampung Bakong, Jalan Parit Panjang. FOTO Ihsan polis
KEADAAN motosikal yang terbabit kemalangan dengan dua kereta di Kampung Bakong, Jalan Parit Panjang. FOTO Ihsan polis
Baling: Seorang operator kilang maut digilis sebuah kereta selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kampung Bakong, Jalan Parit Panjang, hari ini.

Mangsa, Muhammad Hafizuddin Hashim, 29, yang bekerja di sebuah kilang di Kulim meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah motosikal jenis Yamaha Y125Z dan dua kereta iaitu Perodua Bezza serta Proton Preve.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah Kampung Asam Jawa menghala ke Parit Panjang, manakala Perodua Bezza yang dipandu lelaki berusia 48 tahun dari arah sama menghala ke Perlis.

"Kereta Proton Preve yang dipandu pesara tentera berusia 40 tahun pula dari arah bertentangan iaitu dari arah Parit Panjang menghala ke Kampung Charok, Sik.

"Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal yang sedang bergerak lurus di belakang Perodua Bezza hilang kawalan lalu melanggar di bahagian belakang sebelah kanan kereta itu menyebabkan penunggang motosikal jatuh di tengah jalan.

"Penunggang motosikal itu melambung dan jatuh di laluan bertentangan serta digilis kereta Proton Preve," katanya dalam kenyataan malam ini.

Shamsudin berkata, akibat kemalangan, mangsa parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami kecederaan.

"Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Tiada ulasan: