"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lembu terlepas memecut di LDP

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua ekor lembu yang terlepas dirakam berlari Lebuh Raya Damansara-Puchong hari ini, menjelang sambutan Aidiladha esok.

Video haiwan terbabit berlari di Kelana Jaya ke arah Puchong tular di alam maya. Keberadaan lembu di atas jalan juga menyebabkan kesesakan kecil.

Turut dipaparkan dua lelaki menaiki motosikal cuba mengekang lembu-lembu itu.

Satu video di Facebook memaparkan lembu-lembu terbabit melintas pembahagi jalan tetapi seekor berlanggar dengan sebuah Perodua Myvi.

Tidak jelas keadaan pemandu kenderaan terbabit dalam video tersebut, manakala si lembu dapat bangun semula lalu kembali ke sisi kawannya.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaa’far @ Ismail, berkata polis maklum akan kejadian itu namun tiada laporan dibuat setakat ini.

“Saya juga sedang semak dari mana lembu-lembu ini datang. Adakah lari semasa dalam proses dikurung untuk korban atau lari dari pemilik,” katanya kepada FMT.

Tiada ulasan: