"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peniaga maut langgar lembu di lebuh raya

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
PEMANDU maut selepas terlanggar lembu di Kilometer 24.9 Lebuh Raya Utara Selatan dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh, hari ini. FOTO  Ihsan PDRM
PEMANDU maut selepas terlanggar lembu di Kilometer 24.9 Lebuh Raya Utara Selatan dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh, hari ini. FOTO Ihsan PDRM
Kuala Lumpur: Pemandu kereta maut selepas melanggar seekor lembu yang berada di lorong kanan di Kilometer 24.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan berlaku pada jam 4.55 pagi membabitkan seorang lelaki berusia 30 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketika memandu di lorong paling kanan, mangsa terlanggar seekor lembu yang berada di lorong kanan lalu terbabas melanggar besi tengah pembahagi jalan.

"Pemandu yang berniaga sendiri mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada ulasan: