"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lapan orang maut dalam trak sejuk beku

Bernama-Dpa

Beijing: Seramai lapan orang maut dipercayai sesak nafas ketika berada dalam sebuah trak sejuk beku di wilayah Henan, China, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media rasmi China pada Isnin.

Menurut kerajaan tempatan, pemandu trak mendakwa dia mendapati lapan individu tidak sedarkan diri di dalam traknya sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Usaha menyelamatkan mereka gagal dan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia awal pagi Ahad.

Pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap insiden itu, termasuk pemandu kenderaan.

Butiran lanjut serta identiti kesemua "penumpang haram" itu belum dapat dipastikan.

Tiada ulasan: