"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda ini hilang selepas pergi ‘hiking’ di Bukit Dinding

HARRITH HISHAM
Aloysius Hong dilaporkan hilang selepas pergi mendaki di Bukit Dinding, Wangsa Maju, Selasa lalu.
PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Apartmen Tiara Damansara, di sini untuk pergi mendaki di Bukit Dinding, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa kira-kita pukul 2.17 petang semalam.

“Pada 11 Jun, Aloysius Hong Kwang Ming dipercayai keluar dari rumah pada pukul 8 pagi untuk pergi ‘hiking’ (mendaki) di Bukit Dinding.

“Mangsa dikatakan keluar seorang diri dengan menaiki motosikal jenis Honda berwarna hitam dan biru bernombor pendaftaran W5917P,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa, diminta tampil ke balai polis berhampiran.

“Orang awam juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Hafizul Mohd. Noor di talian 016-2236804 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan: