"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita rakam ‘kaki’ terjuntai di tingkap

KOSMO
Sebilangan netizen menjelaskan bahawa objek tersebut adalah kain langsir yang diikat di bahagian bawah. – TikTok
MANILA – Sebuah video tular di laman media sosial mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen kerana memaparkan pemandangan objek misteri kelihatan seperti kaki manusia tergantung di tepi tingkap.

Menurut laporan laman berita Dream.co, video tersebut dirakam oleh seorang wanita dari Davao, Filipina yang hanya dikenali sebagai Rinka.

Menurut Rinka, dia pada awalnya sekadar merakam keadaan sekitar jalan raya ketika sedang bersiar-siar bersama beberapa rakannya pada waktu malam.

Namun tanpa disengajakan, dia merakam pemandangan yang kelihatan seperti lima pasang kaki manusia tergantung di tepi tingkap sebuah bangunan.

“Menakutkan,” katanya dalam keterangan video di platform TikTok itu.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada yang menjelaskan bahawa ia adalah kain langsir, selain ada yang berpendapat objek itu adalah kaki patung.

“Itu adalah langsir yang diikat di bahagian bawah. Kain langsir itu singkat dan ada beberapa helai,” kata seorang netizen.

“Ya, memang kelihatan seperti kaki tetapi kaki patung sahaja,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tiada ulasan: