"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Di stesen minyak Kelantan pembelian berulang RON95 tak dibenarkan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pembelian berulang untuk pengisian RON95 di semua stesen minyak di Kelantan tidak lagi dibenarkan, selepas ada pihak dikesan mengumpul petrol bersubsidi itu untuk diseludup ke Thailand.

Menurut pegawai kanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), arahan ini akan diperluaskan ke Perlis, Kedah, dan Perak.

“Taktik pembelian berulang RON95 ini paling tinggi dikesan di negeri itu (Kelantan),” kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Bahagian Penguatkuasa KPDN, Shamsul Nizam Khalil, lapor Berita Harian.

Shamsul menambah anggota sindiket biasanya menggunakan kenderaan dengan nombor plat tempatan untuk melakukan pengisian penuh RON95, dan akan sekali lagi membuat pembelian penuh walaupun tidak sampai ke tahap perjalanan sepatutnya.

“Kita syak minyak diisi itu akan cuba diselewengkan ke negara jiran,” katanya.

Berkenaan negeri sempadan lain, Shamsul berkata anggota KPDN ditempatkan di stesen-stesen minyak kawasan sempadan untuk tujuan pemantauan, walaupun arahan belum dikeluarkan.

Beliau berkata pihaknya turut memanfaatkan kamera litar tertutup (CCTV) untuk pemeriksaan.

Tiada ulasan: