"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terkejut jumpa bayi dibuang atas sejadah masjid

Amir Hamzah Nordin
am@hmetro.com.my
SEORANG bayi perempuan ditemui di ruang solat di Masjid Lubuk Kulit, dekat sini, pagi ini. Ihsan. FOTO ihsan IPD Lipis
SEORANG bayi perempuan ditemui di ruang solat di Masjid Lubuk Kulit, dekat sini, pagi ini. Ihsan. FOTO ihsan IPD Lipis
Lipis: Suara bayi menangis di ruang solat menggemparkan kira-kira 20 jemaah Masjid Kampung Lubuk Kulit di sini, kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Difahamkan bayi perempuan itu dibuang di dalam masjid itu sebelum ditemui jemaah masjid yang datang untuk menunaikan solat subuh.

Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubuk Kulit, Mazlan Jali berkata, di terdengar bunyi tangisan bayi di dalam ruang masjid sebelum melihat jemaah wanita mengelilingi bayi itu.

"Bayi perempuan ini ditemui oleh jemaah wanita yang datang lebih awal.

"Ketika ditemui, bayi yang berusia beberapa hari ini diletakkan di atas sejadah berlipat dan diselimuti kain," katanya tadi.

Menurutnya, jemaah serta serta penduduk kampung terkejut berikutan belum pernah berlaku kejadian pembuangan bayi di kampung itu.

"Kami amat sedih dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang bayi tidak berdosa di dalam masjid. Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Lipis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man mengesahkan penemuan bayi perempuan yang baharu dilahirkan di ruang solat wanita di masjid itu.

"Kejadian pada jam 5.30 pagi itu dimaklumkan seorang penduduk Kampung Lubuk Kulit kepada anggota Balai Polis Padang Tengku di sini.

"Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan baik dan masih mempunyai tali pusat. Kes itu disiasat mengikut Sesyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi," katanya.

Tiada ulasan: