"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua pegawai bank termasuk 5 ditahan berkait sindiket keluarkan RM24.2 juta daripada akaun simpanan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis telah menahan lima individu termasuk dua pegawai bank yang disyaki bersubahat dengan sindiket mengeluarkan wang RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, setakat ini dua pegawai bank dan tiga individu lain dikesan terlibat.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Kosmo.

Polis pada Khamis lalu menahan seorang kakitangan bank berusia 38 tahun di Kota Kinabalu, Sabah, selepas wang terbabit dikeluarkan daripada beberapa akaun simpanan tetap berkenaan.

Kemudiannya seorang lagi lelaki berusia 40 tahun dipercayai dalang sindiket turut ditahan sehari selepas itu.

Terdahulu, Ramli dipetik berkata siasatan awal mendedahkan terdapat pembabitan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersekongkol bagi urusan pengeluaran wang berkaitan kerana ia hanya boleh dilakukan dengan ‘bantuan’ dalaman bank.

Menurutnya, awal bulan ini, polis menerima empat laporan berkaitan kehilangan wang dari akaun simpanan tetap di Petaling Jaya, Selangor.

Katanya, pengadu terdiri daripada pemilik akaun memaklumkan terdapat pengeluaran wang mencurigakan yang dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu, membabitkan beberapa akaun simpanan tetap.

Tiada ulasan: